Pages

Sabtu, 11 Jun 2011

PANAS!! AKHIRNYA MAT SABU SEDAR, PAS BELUM LAGI LAYAK GANTI UMNO!!

Sabu menjerit.. NORMAHHH!!

Mc baru selepas baca temuramah Mat Sabu dengan satu portal pembangkang. Nak baca klik sini. Nampaknya Mat Sabu ni sedar bahawa, Pas masih belum layak nak ganti UMNO.

Masih banyak perkara yang masih Pas belum belajar dan mampu untuk membendung diri dari dikuasai oleh Dap. Mat Sabu akui dalam banyak negeri yang dikuasai oleh Pakatan, Pulau Pinang antara urus tadbir yang paling baik. Sedangkan pada mata kita semua, Kerajaan Pulau Pinang hanya membangunkan perumahan sekitar pulau tanpa dapat menarik pelabur dari luar untuk melabur didalam negeri.

Jika sudah tiada tanah untuk dibangunkan, kerajaan Pulau Pinang akan terkapai-kapai mencari sumber ekonomi yang baru. Pelaburan asing tak ada, harap pusing duit dalam negeri. Macam tu pun Mat Sabu kata dah pandai urus tadbir.

Cuba bayangkan macam mana agaknya Pas Kedah dan Pas Kelantan menjaga negeri, tentunya lebih teruk dari jangkaan kita. Mat Sabu pastinya lebih tahu sebab dia orang Pas. Kalau Mat Sabu dah kata teruk, pastinya memang teruk dan buruklah pentadbiran Pas Kedah dan Pas Kelantan.

Macam mana pulak dengan PKR Selangor?

Lagi teruk! habis semua bangunan kerajaan digadaikan oleh Khalid gagap. Sekarang ni Khalid gagap bercita-cita nak hapuskan semua hak Melayu di Selangor. Kalau macam ni la dasar pentadbiran puak pakatan. Percayakah kita nak bagi mereka ini pegang jadi kerajaan Malaysia?

Mat Sabu pun tak yakin, inikan pula kita.

Mc ingatla kalau mereka ni jadi kerajaan pun, Mc rasa mereka akan bagi Dap yang perintah, sebab kata mnereka hanya Dap yang paling pandai mengurus tadbir kerajaan negeri. Anwar dalam pentadbiran Selangor pun gagal dalam mengurus tadbir negeri. Macam mana nak menguruskan negara?

Sebelum berikan kuasa pada orang-orang ini, kita harus fikirkan masak-masak, jangan menyesal nanti!

McTheory:
Kalau mereka pun tak yakin, apatah kita?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!