Pages
▼
Khamis, 9 Jun 2011
PANAS!! ASTRO NAIK HARGA LAGI!! MARI KITA MULAKAN BANTAHAN!!
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengancam akan menggerakkan usaha memboikot Astro ekoran langkah stesen televisyen berbayar itu untuk menaikkan caj langganan mulai Julai ini.
Sambil menyifatkan kenaikan itu sebagai membebankan pengguna, Penasihat PPIM Tengku Azwil Tengku Abdul Razak meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menyiasat apa yang dinamakan oleh Astro itu sebagai "penyelarasan caj langganan" yang baru.
Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa sebagai pengendali stesen televisyen berbayar eksklusif di negara ini, Astro tidak sepatutnya mengenakan caj tambahan ketika rakyat dibebani kenaikan harga barangan.
Astro pada Isnin lepas mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.
Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.
Tengku Azwil berkata PPIM menerima banyak aduan daripada pengguna mengenai kadar pelarasan itu serta juga mengenai perkhidmatan Astro.
Beliau berkata sekiranya Astro gagal mengekalkan yuran langganan sedia ada, PPIM serta ahli gabungan akan memboikot syarikat penyiaran berbayar itu.
"Kita ada 2.5 juta ahli gabungan di bawah PPIM. Banyak lagi berita serta hiburan yang boleh kita peroleh daripada stesen televisyen percuma," katanya.
Tengku Azwil juga berkata kebanyakan program sukan yang membabitkan kepentingan negara seperti Liga Super telah diambil alih oleh Astro.
"Semua diambil oleh Astro pasal mereka berkemampuan untuk membeli program berkenaan. Justeru, rakyat yang ingin menonton program-program berkenaan harus melanggan kepada Astro, katanya.
Beliau berkata pihaknya telah menyediakan suatu ruangan kepada pengguna Astro di negara ini mengenai komen mereka terhadap syarikat penyiaran berkenaan.
"Dalam ruangan yang boleh dilayari di www.muslimconsumer.org.my itu, mereka (pelanggan Astro) boleh memberi maklumat balas kepada PPIM mengenai perkhidmatan Astro," katanya.- BERNAMA
McTheory:
Makin lama makin mahal pula astro ni.. makin melampau nampaknya..
Apa nak susahkan kepala..Hentikan langan Astro habis cerite..Aku dah hentikan langanan dengan Astro sejak setahun yang lalu..Ok je..
BalasPadamBaru-baru ini aku dapat sms dari Astro merayu-rayu agar aku sambung langanan dengan Astro..
Jawapan aku.. BOLEH BLAH...!!!!!
Salam.
BalasPadamSetuju.
Biar orang yang banyak duit saja melanggan.
Cukuplah anak-anak dan kita sendiri menonton tv biasa; tak pening kepala dan tak ganggu pelajaran anak-anak.
Aku pun nak kata yang sama: BOLEH BLAH.....
Ya, takda duit nak langgan, x payah langgan!
BalasPadamX mati pun xda Astro.
Nurul Izzah habis modal di Lembah Pantai? Baca di sini!
http://apakecoh2.blogspot.com/
PERGHH SEB BAEK AKU XDE ASTRO BEB. AKU LAYAN KT KEDAI MAMAK JEK. TU PUN TENGOK BOLA JEK HEHEH
BalasPadamjom ramai ramai biokot astro say no to Astro
BalasPadamInilah akibatnya jika sesuatu itu diberi monopoli.
BalasPadamSudah tiba lah masanya syarikat lain diberi lesen spt Astro supaya rakyat boleh buat pilihan!
teruk betulla astro..nak naikkan harga lagi.
BalasPadambukan ke kerajaan dah tax 6% tu..takkan nak naikkan lagi?
kerajaan memang cari pasal la jika biarkan hal2 ni terus berlaku.
Astro tu Ananda Krishnan yang punya kan.... sapa2 yg ambik pakej murah... berdepan kenaikan harga... sapa yang ambik pakej mahal... akan dapat penurunan harga... sila semak pakej astro anda...
BalasPadamLANTAK LA DIA NAK NAIK TINGGI MANA PUN. TU HAK DEPA...YANG KITA DOK LONJAT BUAT APA...HABIS KALAU TAK SETUJU HARGA NAIK STOP AJER...TAK ADA ASTRO PUN BOLEH IDUP...BUAT APA NAK KIBLAT KAT ASTRO TIAP-TIAP MASA...
BalasPadamAKU WALAU PUN MAMPU PASANG ASTRO TAPI BAGI AKU CUKUP LAH SIARAN FREE YANG ADA...JANGAN ASIK DOH MENGADAP KIBLAT TV AJE HINGGA YANG WAJIB TAK DIBUAT...LAST-LAST HUKUM JADI HARAM...
dah lar program nya berulang2... tak yah lar Astro nih... bukannya value for money...
BalasPadam