Pages
▼
Jumaat, 10 Jun 2011
PANAS!! PEKIDA NAK SAMAN PENGARAH FILEM KONGSI DAN KL GENGSTER!!
Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.
Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.
"Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida.
"Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri,"
Shikin berkata, pihaknya kecewa kerana penerbit filem tersebut iaitu Skop Production dan Metrowealth yang tidak sensitif dengan perkara melibatkan pertubuhan tersebut.
Kedua-dua filem itu juga dilihat telah menjejaskan imej masyarakat Melayu apabila mengaitkan golongan Melayu dalam kumpulan gengster.
"Saya kecewa kerana kedua-dua pengarah iaitu Farid Kamil dan Syamsul Yusof tidak sensitif dengan perkara ini. Jika mereka mahu menghasilkan filem seumpama itu, mereka harus meminta nasihat kami terlebih dahulu.
"Mereka seperti mempermainkan perjuangan pertubuhan ini dan tidak menghormati kami sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kami sedar ramai yang masih tidak tahu perjuangan Pekida namun mereka seharusnya ada rasa hormat," ujarnya kesal.
Tambahnya, dia memahami kedua-dua pengarah muda ini mempunyai perjuangan dalam memeriahkan industri filem tanah air, namun tidak seharusnya mengambil jalan dengan menjatuhkan imej pertubuhan tersebut.
"Kedua-dua filem itu bukan sahaja tidak menghormati kami, malah memberi pandangan buruk kepada masyarakat tentang perjuangan sebenar Pekida.
"Kami pada awalnya berdiam, namun kemunculan filem KL Gangster membuatkan kami seperti dicabar untuk bangkit mendapatkan penjelasan selain mengambil tindakan," jelasnya.
Sehubungan itu, pihaknya akan merujuk perkara berkenaan kepada Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula.
Pertemuan itu kata Shikin telah diaturkan di pejabat LPFM di Putrajaya, Jumaat (hari ini) pada pukul 4 petang.
Mat Kilau Penang
Pekida sejak dari dulu sudah tercemar, 1 Malaysia tahu, ahli Pekida terlibat dengan kongsi gelap, sepatutnya Pekida kena tegas dalam hal seperti ini. Ini tidak, serupa ada pemimpin tertinggi yang menyokong dasar gelap. Filem kongsi dan KL Gengster ni cuma menyampaikan kebenaran pada masyarakat, pandai pula terasa ye. Kalau nak tahu watak gengster dalam filem tu, ialah watak geng 77. Lain kali tolong bertindak tegas untuk membenteras.
McTheory:
Siapa makan cili, dia la rasa pedas..
hahaha..lagu malique n m.nasir tak mau pulak PEKIDA saman...
BalasPadamKalau diorang tak kecoh tak de la orang lain tahu...
mohon link bro,
jawaber6.blogspot.com
pakida,,BERKATA KONGSI DAN KL GANGSTAR MENDEDAHKAN FAIL SULIT MEREKA,,FAIL SULIT ,,AKU RASA FAIL SULITNYA ADA BABAK MINUM ARAK,,KAKI GADUH,KAKI PUB,ITU FAIL SULIT KOT
BalasPadamPEKIDA KE PEKIDOL?TOLONG JANGAN MALUKAN MELAYU PEKIDOL OPS PEKIDA
BalasPadamMARI KITA DESAK KERAJAAN HAPUSKAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN UNTUK BINA BANGSA MALAYSIA!!!
rilek la pekida....baru 2 buah filem dh goyang...asal korang nak menyalak kt benda remeh temeh mcm ni...sewaktu islam di hina sehinga ada agama lain nk ambil tmpat islam di msia dimana anda2 semua? tepuk dada tanya otak korang
BalasPadamPekida..nak cari publisiti murah..agak2 la nak melenting pun...org cina pun ada kumpulan jugak tapi xla melenting bile buat filem pasal gangster...kalu anak buah dah gangster nk buat mcmana...mcmana nk ikut kalu abg x btul...
BalasPadamHahaha, betul2.. Paling xtahan kaklong wilayah ni kononnya berjuang utk melayu & islam padahal diri sendiri pn masih dedahkan aurat. Apa perjuangan pekida yg hampa dk bangga ni? Stakat cuit sekor turun sebas buat apa. Mmg palaq puak2 ni.. Syabas kpd Syamsul & Farid...
BalasPadamSekadar m'beri pendapat, apa yg berlaku suma ni ada hikmahnya..
BalasPadamKlu kita lihat, penubuhan & perjuangan PEKIDA itu sendiri tdk ada salahnya..cuma ada segelintir individu yg menjadi ahli telah menyimpang dari landasan sebenar..
So, trsgtlah x adil klu disbbkan kesalahan beberapa individu lantas kita mengecop & membuat justifikasi bahawa PEKIDA secara umumnya tdk betul..
Satu prkara lg, jgn kaitkan perkara ini dgn politik..kena jelas, PEKIDA ialah NGO bukan parti politik..nampaknya ada yg mengambil kesempatan di atas isu ini..
"ORG BERKECUALI"
Geng 77, 36, 30 malahan PEKIDA sendirlah, lihat contoh anak gayung, tak berlagak dan mempertahankan anak gayung buat tak baik, dibetulkan, tapi lihatlah kerja puak-puak 77, 36, 30 dan PEKIDA sendiri, sanggup pukul orang yang tak bersalah, ini amal makruf jadah apa pula ini? Ini amal mungkar nahi makruf sajalah. Nak bertumbuk angkat geng, nak belasah seorang saja, angkat geng sampai satu bas, apa cerita? Kalau berani 1 sama 1, baru anak jantan, jangan jadi pengecut angkat geng bila nak tumbuk orang, berlagak kuat tapi lembik nak mampus.
BalasPadamBanyak kes dadah oleh puak-puak 77, 36, 30 malahan PEKIDA sendiri, yang pergi edar pun kepada bangsa sendiri juga, eloklah sangat, jadi bangsat pada bangsa lain, beli dadah dari Cina dan India, lepas itu jual pada Melayu, biar mati Melayu asalkan kamu semua dapat duit, tak cukup dengan itu ambil upah dari Cina dan India untuk pukul dan bunuh bangsa sendiri, kemudian paksa gadis bangsa sendiri jadi pelacur, itu amal makruf jadah apa? Inilah pemikiran bodoh, malahan lihat puak-puak ini macam Freemason pula gayanya, apa tidaknya setia hingga sanggup buat jahat dan maksiat demi kumpulan, itu gaya Freemasonlah tu.
Di dunia ini bolehlah berlagak pukul orang dan ainaya orang, nanti dalam kubur, di padang Mahsyar, di akhirat kelak nak berlagak apa lagi? Malaikat yang menjalankan perintah Allah tak hairan pun dengan geng-geng kamu semua, sekali kena sebat dengan rotan api neraka habis hangus semuanya, tapi perlu ingat di akhirat, tiada kematian dan tunggulah penyeksaan hingga tamat hukuman. Sedarlah, memang ada hadis Nabi yang menyatakan "Bantulah saudaramu yang dizalimi atau melakukan kezaliman", tapi kena baca sampai habis, sebab dalam hadis itu sahabat ada bertanya macam mana nak tolong saudara yang sedang menzalimi, Nabi jawab, "bantulah dia supaya berhenti berbuat zalim". Lihat Nabi sendiri melarang kezaliman, macam mana puak-puak 77, 36, 30 dan PEKIDA ini boleh tumbang sekaki belasah orang sesuka hati mereka? Itulah kalau baca hadis sekerat-sekerat, maka beginilah jadinya. Insaflah sebelum terlambat kerana segala yang kita ada adalah milik Allah termasuklah diri kita ini sendiri, hari ini kuat dan gagah belasah orang sampai lembik, tak mustahil besoknya terpelecok pijak kulit pisang hingga terjatuh sampai jadi lumpuh, masa itu macam mana nak tumbuk orang lagi, budak umur setahun sepak kepala pun tak boleh buat apa dah, apa lagi kalau terkedang atas katil kerana lumpuh, itulah balasan Allah Taala ini kena ingat sama, buat baik Allah balas baik, buat jahat maka tunggulah azabnya. Sekian, terima kasih.