Pages

Jumaat, 17 Jun 2011

PANAS!! SEMEMANGNYA PAS DAN PUM LAGI KARTUN DARI KARTUN!!


Makin lama makin terpesong jauh perjuangan Pas mengenai Islam yang sebenar. Sudahla mereka menjadi menjadi orang pandai agama yang jahat apabila, mengunakan ayat Al-Quran untuk kepentingan diri dan parti, kemudian hukum Allah juga di ambil secara berpilih-pilih untuk menangkan diri dan kaum mereka.

Akibat dari perjuangan Islam yang berpilih-pilih, mereka menjadikan rakyat Malaysia sebagai mangsanya.

Pada rakyat Malaysia yang pandai agama, mungkin tidak akan terpedaya dengan tipu helah dan kenyataan licik puak Pas ni. Tapi bagi mereka yang kurang pengetahuan agamanya, mungkin akan berasa pelik dan takut apabila Pas mengatakan undang-undang Islam jika seorang gadis di rogol dan tidak mempunyai 4 saksi, maka perogol itu akan dilepaskan dan si gadis pula akan dihukum.

Kalau orang yang cetek agamanya, dibaca pula kenyataan yang sedemikian, maka bertambah takut la gadis pada si perogol, dan la dapat 'free' kemudian tak kena hukum, dah tu si gadis pula yang kena hukum. Kalau benar macam tu, makin galak la si perogol nak rogol gadis, sebab dia tak kena hukum, orang lain yang kena. Maka nanti undang-undang Islam di anggap teruk!.

Itu fahaman bagi orang yang cetek agamanya.


Hal ini sebenarnya perlu dijelaskan dengan teliti oleh pihak yang menganggap diri mereka bijak pandai dalam agama supaya rakyat tidak terkeliru. Atau mereka dengan sengaja berniat jahat untuk menyebarkan muslihat dan musibah kepada rakyat hanya untuk menagih sokongan.

Untuk keterangan yang terperinci mengenai hal ini saudara semua boleh baca di SINI. Nescaya saudara akan berpuas hati dengan keterangan yang diberi.

Mengenai Persatuan Ulama Malaysia yang mahu pelukis kartun Miko yang melukis kartun didalam gambar diatas didakwa. Mc rasa ini tindakan yang keterlaluan, kerana, Mc pasti Miko tidak berniat untuk menghina agama, Miko hanya mengunakan kartunnya untuk menyindir Presiden Pas Hadi Awang yang tidak menjelaskan dengan teliti tentang hukum Islam berkenaan dengan kes rogol dan zina.

Punyalah banyak kes seleweng agama yang dilakukan oleh puak Pas dan Pakatan Haram, si Presiden PUM ini boleh pula memilih kes kecil iaitu gambar kartun kritik pasal undang-undang Islam Pas.

Manakala si Pemuda Pas pula buat demo semata-mata terasa hati akibat Presidennya di sindir melalui kartun.

Sekarang ni siapa sebenarnya yang kartun ni? Miko buat kartun ke? atau PUM dan Pas yang terlebih kartun?

Ini yang Mc katakan, bila orang yang bijak pandai agama, membuat keputusan dan mengunakan kepandaiannya hanya untuk kepentingan diri dan puaknya sahaja. Nescaya orang yang sebegini akan dihukum dulu oleh yang maha Esa apabila diakhirat kelak, kerana mengunakan kepandaian agamanya di jalan yang salah.

Sekarang ni, Mc nak tanya Presiden PUM, apakah hukumannya bersubahat dan menyokong seorang yang bukan Islam untuk memurtadkan seseorang Islam? kemudian menyokong tindakan yang bukan Islam tadi, untuk menjahanamkan umat Islam di Malaysia? apa hukumannya?

McTheory:
Seperti kes, penganjur Bersih si Ambiga pemurtad Islam, disokong oleh Pas dan Pakatan Haram untuk menganjurkan Bersih 2.0.

1 ulasan:

  1. kalau nak mengutuk hj hadi.......lukis shj kartun hj hadi, PAS tak akan buat demonstrasi pun! Berapa banyak kartun yang bukan sekadar sindir tapi kutuk terus pemimpin pembangkang.........tiada demontrasi pun!
    Saya pasti pelukis jika dia seorang yang baik dia JAHIL dalam agama!
    Harap2 dia jahil lah.............kalau tidak jahil............minta lindunglah!

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!