Pages

Khamis, 27 Oktober 2011

GEMPAR!! Bahaya Gelombang Hak Asasi Manusia!!



Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor memberi amaran Malaysia mungkin akan menghadapi gelombang politik baru memperjuangkan hak asasi manusia yang bakal menruntuhkan dan menghakis dasar-dasar negara yang sebelum ini dipersetujui bersama.

Katanya, gelombang ‘hak asasi manusia’ dianggap sebagai ‘agama baru’ untuk melahirkan masyarakat sivil berpandangan liberal yang menjadikan Amerika Syarikat dan United Kingdom sebagai kiblat baru perjuangan mereka.

Selain itu, penggerak gelombang ini akan berusaha mempersoalkan dasar-dasar yang telah diterima oleh masyarakat majmuk di Malaysia sebelum merdeka seperti kontrak sosial dan prinsip jus soli.
Institusi raja-raja juga turut menjadi tumpuan kelompok ini.


“Setiap abad ada gelombangnya dan kita tidak boleh menahan gelombang ini.

“Sekarang ini gelombang hak asasi manusia. Sebelum ini, gelombang Marxisme, Sosialisme (komunisme)” kata Rahim ketika berucap di hadapan kira-kira 7,000 perwakilan semasa merasmikan Persidangan Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia kali kedua di Dewan Centrum, Taman Setiawangsa hari ini.

Katanya, contoh yang paling hampir bermulanya kebangkitan gelombang baru ini dengan ada perhimpunan haram BERSIH 2.0, 9 Julai lalu.

Sementara itu, perhimpunanan agung PERKASA hari ini bersetuju sebulat suara melantik Datuk Zulkifli Noordin sebagai naib presidennya yang baru.

Zulkifli dilantik melalui usul tergempar yang dikemukakan oleh ahli dewan tertinggi PERKASA Muhammad Zahid Md Arip.

Turut hadir dalam perhimpunan itu adalh bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin, bekas menteri kabinet Datuk Khalid Yunus, ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak dan juga ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Puak pembangkang sering melaungkan hak asasi manusia. Namun ramai dari mereka tak tahu bahawa, hak asasi di wujudkan oleh Yahudi Israel untuk dunia memberi mereka hak untuk hidup. Namun mereka juga menafikan hak asasi penduduk Palestin, apakah itu cara benar hak asasi manusia?

Itu jenis manusia bertopeng syaitan, cakap tak serupa bikin.


McTheory:
Apa pun Tahniah YB Zul..PERKASA kan lagi PERKASA!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!