HUKUM ISLAM YANG TELAH DISUSAHKAN
Mc bukannya nak amik tahu sangat hal keluarga orang. Tetapi bila juak-juak pembangkang asyik pukul canang sangat tentang masalah keluarga orang lain, maka Mc terpaksa bersuara juga.
Mengapa perlu dikisahkan hal keluarga orang? Adakah keluarga sendiri sudah cukup sempurna? Bagi pendapat Mc, hal isteri Najib hendak bertudung atau tidak, hal anak perempuan Muhyiddin nak tutup aurat atau tidak, bukannya urusan kita sebagai rakyat. Jika hendak menegur pemerintah ada tata susilanya.
Bagaimana pula dengan para pemimpin PR? Bertudungkah anak dan isterinya? Apa kata nasihatkan dahulu pemimpin Pakatan Rakyat baru lihat kepada pemimpin yang lain. Jangan pula kuman diseberang laut nampak, tapi gajah depan mata tak nampak.
Manusia sekarang keliru antara aurat dan kulit. Ramai yang menyangka kulit itulah aurat. Maka mereka berbaju ketat dan bertudung, kononnya menutup aurat sedangkan mereka hanya membalut kulit. Bertudung juga bukanlah seperti tudung yang dinyatakan dalam Al-Qur'an, iaitu "menutupi dada kamu". Kebanyakan wanita hari ini mengenakan tudung sebagai trend semata-mata. Wujudlah pelbagai jenis tudung dengan nama tertentu. Tudung dikomersilkan secara berlebihan sehingga menenggelamkan fungsi dan tujuan asalnya untuk menutup aurat, bukan menutup kulit.
Sememangnya semua sudah maklum dan tahu hukumnya bertudung ini tetapi tidak pula dinyatakan oleh mana-mana hadis ataupun kupasan ulama' ianya akan membatalkan keIslaman seseorang
BUKA MINDA MASING-MASING
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.
Harap Maaf dan Harap Maklum!