Wisma Darulaman, pejabat rasmi kerajaan negeri Kedah.. |
Ini story bagi panass ni.. story ni Mc dapat dari orang dalam Wisma Darulaman sendiri. Orang Pas yang menyampah perangai orang Pas yang kononnya educated dan stailish berbanding orang lain. Macam mana tak hebat kalau balak satu Bukit Inas tu, si Setpol MB si Sanusi dah sapu bersih. Duit tentula berkoyan-koyan.
Itu cerita lain, kali ni Mc nak cerita pasal si Setpol MB Pas Kedah ni yang dikatakan bertumbuk dengan staff MBI (Menteri Besar Incorporated)
Ceritanya dia ni ranggi sikit. Panas baran, garang macam Ustaz Azizan la jugak.
Ceritanya macam ni, berlaku perselisihan di antara Sanusi ni dengan pegawai MBI, kiranya teruk juga la depa dok bertengkaq.
Bertengkaq pasal kes balak pulak tu.. mungkin MBI ni dah sapu kawasan si Sanusi ni kot, sebab tu yang teruk sangat bertengkaq tu.
Yang si Sanusi ni pulak, walaupun baru balik dari Mekah, hatinya bukan nak sejuk, bertambah panas lagi ada la.
Akhirnya bertumbuklah si Sanusi dengan MBI dalam Wisma Darulaman, walaupun tak seteruk mana. Tapi ia menjejaskan imej kerajaan negeri.
Puak-puak Pas ni, walaupun dah ada pangkat dalam kerajaan. Tapi buat kerja tak profesional. Main serbu ikut suka saja dalam hal apa sekali pun.
Tu yang tak puas hati dalam mesyuarat pun boleh jadi kes gaduh kat luar. Macam budak-budak tak cukup akai.
Ini baru satu kes, ada banyak lagi kes pelik yang kita akan dedahkan satu persatu.. biar semua rakyat Kedah tahu, betapa (peliknya) aliennya Pas Kedah menjadi kerajaan negeri.
Belum lagi cerita Balak Anugerah!! Kalau Pakatan ada ketua Anugerah Tuhan.. kat Kedah pula ada kisah balak anugerah.. adehh..
Kisah balak Anugerah pasti akan buat Pas Kedah panaih pungkoq lagi.. sabaq sat no.. nak keluaq dah ni..
McTheory:
Lepas ni ramai la orang Pas nak tumbuk Mc pulak.. ha ha ha..
kawan aku kt kedah (baling) bgtau, pru13 nanti dorang akan pastikan pas kalah. tak tau mcmana depa nk buat. so, pas nk relax je ke? jangan jadikan isu bodoh nk berkelahi sesama sendiri, atau serah jelah pd rakyat nak tentukan nasib pas. jd pembangkangpun ok gak. mcm umno kt kedah la ni, kerjanya asyik bangkang je. kan senang tu!!!
BalasPadam