Kompleks hiburan yang terbesar dan terbaru di Kedah |
Nampaknya Pas Kedah terus menerus mahu merobohkan Madrasah Salihiah. Sudah la selama 4 tahun memerintah, masjid dan surau haram tak pernah buat, yang dok ada ni pun depa nak pi peruntuh.
Atas alasan pembangunan depa nak runtuhkan Madrasah tu. Kot la Madrasah tu dok atas tanah kerajaan, tanah haram. Ini tidak, madrasah tu duduk atas tanah sendiri, atas tanah wakaf khas lagi tu. Tu pun puak Pas ni nak peroboh juga. Macam la takdak tempat lain yang boleh depa buat shopping kompleks.
Taktau la apa masalah puak Pas dengan Madrasah Salihiah. Punya la nak runtuhkan madrasah tu, sampai sanggup bagi macam-macam alasan.
MAIK pulak, bila dah dapat duit RM1.46 Juta, terus ubah fatwa dari tak boleh jadi boleh. Inilah permainan politik agama paling keji selama Pas memerintah Kedah.
Apa yang menghairankan Mc. Surau dan Masjid tak bertambah di Kedah. Yang bertambah hanyalah pub, karaoke dan pusat-pusat hiburan yang lain. Paling baru ialah Kompleks Hiburan. Menghimpunkan segala macam hiburan dalamnya. Kiranya karaoke, pub, club dan lain-lain semua ada la.
Kata parti Islam, kata kerajaan berlandaskan Islam. Tetapi kenapa kelab malam dan kelab untuk berhibur ni bersepah-sepah sejak Pas jadi Kerajaan negeri? Apa yang Pas perjuangkan sebenarnya?
Surah dan Madrasah nak di robohkan. Kelab malam dan hiburan pulak di biarkan berlambak-lambak.
Dulu Pas Kedah jawab, kelab malam dan karaoke ni makin banyak, sebab permintaannya tinggi.
Kiranya kalau tak cukup kena tambah bagi cukup la ya? bagus betul kerajaan Islam macam ni.
Dalam hal surau dan masjid pula, Ustaz Azizan kata madrasah dan surau Salihiah tu tak ramai orang sembahyang. Jadi Pas Kedah guna alasan tu untuk robohkannya. Boleh kah macam tu?
Kiranya lepas ni, surau atau masjid mana yang tak ramai jemaah, ia boleh di robohkan. Tak gitu?
Dalam hal macam ni pun, kita dapat lihat samaada Pas ni benar-benar memperjuangkan Islam. Atau hanya berlakon buat Islam topeng cari makan.
Pas lebih memperjuangkan KELAB HIBURAN berbanding mempertahankan MADRASAH SALIHIAH yang berumur lebih dari 100 tahun.
Psstt... Marilah bersama kami berjuang berjihad untuk mempertahankan Madrasah Salihiah pada 31 Disember 2011, pukul 1 petang. Ustaz Fathul, YB Zul Noordin dan Hasan Ali akan bersama kita.
McTheory:
Apakah anda masih lagi nak percayakan Pas???
Tuuuu baru kat kedah, kalau duduk kat Putrajaya aku pasti mesjid negara, mesjid putra, mesjid jamek, dan banyak lagi mesjid akan dirobohkan sebab depa kata kl tak perlu bnayak mesjid membazir lebih baik buat komplek rumah urut banyak hasil.
BalasPadamIngatan hamba kpd rakyat Kedah: Jgn mudah terpedaya dgn janji manis apatah lagi dari org berperawakan alim, menggunakan firman dan hadith (telah diubahsuai utk kepentingan lain),bersopan santun (lakonan) kerana ini adalah jelmaan Syaitan mengikut hawa nafsu.Akhirnya ingat mereka adalah MANUSIA BERNAFSU dan tak lari dari SIFAT MUNAFIQ
BalasPadamDia belajar kat AlAzhar tapi kat mana punya pun tak tahu munkin kat rumah setinggan kat Cairo kot. Mana wakaf Khas boleh ubah syarat jadi pusat perniagaan. Kan kat Alor Star banyak tanah buatlah besar-besar macam kat shoping komplek kat KL barulah ada ummph.
BalasPadam