Nampaknya Pas makin lama makin haru biru. Baru kini Dewan Ulama Pas menunjukkan perasaan sebenar mereka terhadap pucuk pimpinan parti yang selama ini menyokong kumpulan edrogan sehingga parti yang dulunya menyokong Islam berubah lebih menyokong Dap!
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tetap dengan pendiriannya mempertahankan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa walaupun kedua-duanya dikecam hebat oleh kepimpinan parti berkenaan.
Harun yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Terengganu menegaskan, pendiriannya masih tidak berubah terhadap kewibawaan serta kesetiaan Nasharuddin dan Hasan kepada Pas dari dahulu sehingga sekarang.
Malah beliau tetap berpendapat bahawa kedua-dua pemimpin berkenaan masih diperlukan oleh Pas dan begitu juga sebaliknya.
“Sepertimana saya katakan sebelum ini, saya tetap berpendapat bahawa Pas masih perlukan Hasan dan Nasharuddin, begitu juga mereka masih memerlukan Pas.
“Ini bermakna kedua-dua belah pihak masih saling memerlukan antara satu sama lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai Hasan dan Nasharuddin yang kini menjadi sasaran beberapa pemimpin tertinggi Pas ekoran tindakan mereka yang menyentuh soal dasar perjuangan parti berkenaan yang didakwa sudah terpesong daripada landasan sebenar.
Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menjelaskan, beliau mempunyai bukti kukuh untuk mengaitkan Hasan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor dengan agenda UMNO.
Malah Hasan turut menjadi sasaran Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang menyifatkan tindakan beliau (Hasan) menyentuh dasar perjuangan Pas sebagai pengisytiharan perang terhadap parti itu dan beliau dinasihatkan agar ‘angkat kaki’.
Kelmarin, Nasharuddin pula menyelar tindakan pihak tertentu dalam parti itu yang cepat melatah dan menuduh tindakannya menyuarakan pandangan berbeza daripada pucuk pimpinan sebagai terperangkap dalam agenda UMNO.
Harun seterusnya yakin kemelut yang melanda parti itu sekarang akan dapat diselesaikan dengan baik sambil menyifatkannya sebagai perkara biasa dalam mana-mana parti politik.
“Apa yang berlaku ini (membabitkan Hasan dan Nasharuddin) umpama kacau air di dalam cawan hingga air itu berkocak. Biasalah, kita kena letak gula atau susu sebelum kacau air itu hingga berkocak.
“Apabila letak gula dan susu, baru air itu sedap untuk diminum dan begitu juga dengan apa yang berlaku dalam Pas sekarang,” tambahnya.
McTheory:
Lepas tu tuangkan dalam cawan UMNO, lagi sedap nak minum.. he he he..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.
Harap Maaf dan Harap Maklum!