Pages

Rabu, 22 Ogos 2012

GEMPAR!! Anwar Punca Azmin Ali Derhaka Pada Ibunya!!


Semalam TV3 melaporkan kisah Azmin yang tak sudah-sudah menjadi anak derhaka. Seperti yang telah dijangka oleh rakyat Malaysia, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tidak pulang bertemu ibunya Mak Tom Yahaya sempena Syawal. Selepas daripada dia dipanggil sebagai anak derhaka oleh Mak Tom dalam temubual eksklusif bersama TV3 tempohari.

Malah menurut ibunya, Azmin langsung tidak pulang untuk berbuka puasa bersamanya sepanjang Ramadhan lalu. Bukan itu sahaja, malah telefon untuk bertanya khabar pun tidak pernah.

Inilah jenis pemimpin yang terlalu dihormati oleh pakatan rakyat dan Anwar sehingga jika dia menegur sesiapa sahaja pemimpin dalam pakatan rakyat maka keesokkan harinya pemimpin tersebut akan dipecat.

Menurut Mak Tom lagi, disebabkan kecewa dengan sikap Azmin, beliau mengajak anak-anak lain berhari raya di luar Kuala Lumpur buat pertama kali sejak lebih 40 tahun.

"Saya dan tiga anak perempuan termasuk Umi Hafilda dan cucu-cucu saya memilih untuk beraya di Melaka kali ini kerana begitu kecewa dengan sikap Azmin yang juga sudah lebih setahun tidak pulang menjenguk saya di rumah.

"Tahun ini, kami langsung tidak membuat persiapan menyambut Aidilfitri. Tiada makna untuk kami buat demikian, kalau dia sebagai anak langsung tidak sudi untuk pulang bersalaman dan memohon ampun daripada saya," katanya.

Inilah contoh pemimpin terbaik yang mengabaikan mak sendiri demi cita-cita politik songsangnya. Mak Tom juga akui, Azmin berubah sikap semenjak bersama Anwar. Anwar yang telah mendidik Azmin menjadi anak derhaka.


McTheory:
Orang cakap derhaka pada ibu, seksa woo.. nak mati nanti..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!