Pages

Khamis, 23 Ogos 2012

PANASS!! 30 Samseng Merancang Bertempur Bertembung Polis!!

tempat kejadian..

Seorang daripada 30 samseng yang disyaki sedang merancang untuk menyambung semula pergaduhan yang tercetus di sebuah flat di Pandan Perdana cedera parah ditembak polis di Tasik Permai di sini semalam.

Sebelum kejadian pukul 2 pagi, sekumpulan lima lelaki dikesan menaiki sebuah kereta jenis Hyundai berlegar-legar di sekitar Ampang Waterfront bersama 13 buah kenderaan lain dipercayai dalam perjalanan menuju ke Flat 700 di Pandan Perdana.

Jarak antara Waterfront dengan Flat 700 kira-kira lapan kilometer. Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md. Nazri Zawawi berkata, polis yang menerima maklumat mengenai rancangan itu menghantar 16 anggota polis dengan menaiki empat buah kereta peronda menuju ke tempat kejadian.

Menurut beliau, polis yang terserempak dengan 14 buah kenderaan berkenaan cuba memeriksa setiap kenderaan tersebut, namun gagal kerana semua kereta itu dipecut laju meninggalkan lokasi tersebut.

Bagaimanapun, Md. Nazri memberitahu, kereta peronda polis berjaya memintas sebuah kereta Hyundai yang dinaiki lima lelaki tersebut.

“Sewaktu seorang anggota polis berjalan menuju ke kereta tersebut, kenderaan terbabit tiba-tiba mengundur dan melanggar kereta peronda polis.

“Selepas itu, empat lelaki daripada kenderaan suspek bersenjatakan parang keluar dan memecahkan cermin kereta peronda polis. Disebabkan kejadian demikian, polis terpaksa bertindak untuk mempertahankan diri, dengan melepaskan tembakan.

2 ulasan:

  1. yang kene tembak tu dengarnya dah mampus , padan muka !!! tengok sahaja nanti kalau penjenayah yang mampus tu adalah bangsa tertentu , mesti Pakatan Rasuah akan mempertahankan penjenayah yang tak berguna tu !!!

    Bagi aku , tak kira bangsa , kalau serang polis dengan parang tu memang patut tembak terus sampai mampus . Kita jangan jadi racist macam puak pakatan rasuah !!! terutama hindraf yang tak berguna tu

    BalasPadam
  2. Kalo tembak, pastikan mampus. Jgn bg hidup. Syabas PDRM!

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!