Pages

Isnin, 26 November 2012

EKSKLUSIF!! Akibat Balak Tua Azizan Razak, Rakyat Kedah Merana, Jambatan Musnah!! @TajudinSik #TukarKedah


Akibat pembalakan membabi buta, rakyat yang menanggung akibatnya. Itulah yang terjadi kepada penduduk Kampung Landai Melaka. Jambatan yang mereka pohon kepada Kerajaan Persekutuan melalui YB Datuk Tajudin ADUN Belantek, musnah serta merta akibat banjir lumpur bercampur balak buruk.

Jambatan yang mereka pohon selama 3 tahun lebih bersusah payah, berulang kali memohon kepada ICU akhirnya musnah tak sampai 5 minit. Memanglah banjir dan bencana alam ni ketentuan illahi, namun kita manusia yang merosakkan segalanya.

YB Tajuddin diserbu wartawan dan orang kampung yang mengadu nasib

Gambar jambatan yang roboh, musnah akibat banjir lumpur dan balak batang buruk Azizan
Mc dan Team Media Kedah turut bersimpati dengan penduduk kampung Landai Melaka. Bila terjadi perkara sebegini, pada siapa yang perlu kita salahkan?

Sebelum ada pembalakan yang membabi buta, kejadian seperti ini tidak pernah berlaku. Air sungai boleh diseberang dengan hanya 'meredah' sahaja. Kini, akibat pembalakan yang tidak terkawal, penduduk kampung yang menjadi mangsa.

Air sungai bercampur lumpur menjadi banjir lumpur apabila bukit bersebelahan kampung yang ditebang balaknya turun dengan laju. Sudah la bercampur lumpur, turun dengan laju, membawa sekali balak-balak tua yang dibuang merata tempat oleh pembalak.

Sungguh bahaya, sungguh mencemaskan. Mc ada buat sedutan gambar yang diambil oleh orang kampung pada masa kejadian.

jambatan sudah roboh dihadapan tetapi masih elok dibelakang

jambatan dihentam oleh sampah balak!

hampir musnah!

Terus musnah!!

Bahayanya, selamatlah pada waktu kejadian, tiada orang kampung yang mengunakan jambatan berkenaan. Tiada yang cedera atau kehilangan nyawa. Inilah akibat kalau kerajaan negeri tidak pandai menguruskan negeri.

Pas Kedah bangga dengan balak! Balak! Balak! Balak! Akhirnya depa sendiri musnah akibat balak! Rakyat sengsara akibat balak! Kerajaan Negeri tumbang sebab balak!

Kalau tanya Azizan pasal ni, tentu dia kata dia taktau! Apa yang dia tau hanya kaut balak banyak-banyak bagi kat kroni!

P/s: Video jambatan runtuh ni, akan Mc paparkan kemudian. Bersama komen orang kampung yang kecewa dengan apa yang berlaku.

P/sss lagi!! Tunggu depan TV, berita pukul 5, TV1.. ada cerita pasal jambatan musnah ni!

McTheory:
Semuanya disebabkan balak tua Azizan, lingkup habis!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!