Pages

Rabu, 14 November 2012

HOT! #IsuAirSgor: Dua Ahli Parlimen BN Bidas Khalid, Hilang Akal ke Bengap?!!


Nampaknya masalah air di Selangor menjadi semakin kritikal. Bukan kerana kekurangan air, tetapi masalah mental yang dihadapi oleh Menteri Besar Selangor membuatkan semua orang jadi susah.

Apakah Khalid tidak mengetahui bahawa Selangor bakal mengalami masalah kekurangan air dan tempat penyimpanan air yang lebih besar? Apakah Khalid tidak mengetahui bahawa loji-loji di Selangor tidak mampu lagi menampung permintaan air di Selangor pada tahun 2016 kelak?

Apakah Khalid tidak mengetahui bahawa apa yang diperlukan sekarang ialah sebuah loji penyimpanan air yang cukup besar dan sumber air mentah tambahan untuk menampung jumlah permintaan air dari Selangor pada 2016.

Jadi, kenapa Khalid masih beria-ria mahu teknologi membran dilaksanakan di Selangor? Malah membran dikatakan mampu menggantikan fungsi Langat 2? Betul ke? Dari mana dia belajar agaknya?

Pada sidang parlimen 30 Oktober lalu, Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak telah berdebat dengan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon dan mendakwa pembinaan loji air Langat 2 tak perlu dan penggunaan teknologi membran lebih murah kosnya.


Ramai yang terkejut dengan tindak tanduk Khalid. Sehingga keputusan Khalid itu menjadi pertanyaan kepada dua orang Ahli Parlimen BN yang sememangnya arif dalam bidang kejuruteraan.

“Tan Sri Khalid tahu tak apa yang dia cakap apabila menggunakan terminologi kejuruteraan ini? Dia tahu ke kaedah Membran ini sebenarnya digunakan untuk merawat air yang tercemar? Ia digunakan untuk mengasingkan air daripada mineral-mineral dan toksid yang membahayakan kesihatan pengguna.

“Jika kita guna kaedah Membran ini untuk memisahkan mineral dan air yang tulen, kita akan menghadapi pembaziran sebanyak 30 peratus. Selain itu ia membabitkan kos yang tinggi dan sukar untuk dilaksana.

“Nampaknya dia sendiri tak faham apa yang dia kata. Ataupun dia cuba spin dan alih perhatian. Masalah yang dihadapi Selangor sekarang ialah penyimpanan atau pengumpulan air mentah, bukan masalah memproses atau merawat air tercemar untuk menjadikan ia air yang tulen dan selamat untuk diminum,” kata Ir Datuk Idris Haron yang juga merupakan seorang jurutera. Terkejut dengan riaksi Khalid berkaitan cadangan menggunakan membran untuk mengantikan loji Langat 2.

“Tan Sri Khalid ini bercakap main sedap mulut. Dia ingat konon apabila dia sebut teknologi Membran, masyarakat tak akan bertanya apa benda tu. Dia perlu mendalami ilmu kejuruteraaan air apabila bercakap pasal air. Ataupun dia ingat rakyat Selangor tak bijak. Apabila dia sebut perkataan baru seperti Membran, rakyat tak akan bertanya lebih daripada itu.

“Nak dekat pilihanraya ini, maka datanglah perkataan yang pelik-pelik, kononnya rakyat tak akan bertanya. Inilah cara pembangkang menipu rakyat,” tambah Idris lagi, yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu.

Begitu juga dengan komen Ir Hamim yang juga seorang jurutera, beliau menyokong kenyataan Idris. Katanya apa yang dicadangkan oleh Menteri Besar Selangor itu tidak ada kena mengena dengan masalah bekalan air.

Malah beliau berkata teknologi membran ni lebih mahal dari sistem konvesional yang selama ini digunakan di Malaysia. Buat apa kita gunakan satu benda yang mahal dan sia-sia?

“Lagipun Malaysia tak perlu menggunakan kaedah Membran sebab kandungan mineral dalam air di negara kita bukanlah di tahap tinggi, malah dalam lingkungan yang dibenarkan. Penggunaan cara konvensional juga jauh lebih mudah dan murah,” katanya.

“Cadangan Menteri Besar Selangor itu sebenarnya lebih merupakan taktik mengalihkan isu seolah-olah ada kaedah lain yang boleh dibuat oleh Kerajaan Selangor untuk merawat air. Menteri Besar Selangor mempolitikkan isu bekalan air di Selangor.

“Berbalik kepada isu asas, kita kurang bekalan air mentah untuk dirawat, Jadi jangan alihkan isu daripada kekurangan bekalan air mentah kepada kekurangan loji atau kaedah merawat air. Saya nasihatkan orang ramai supaya merujuk laman web atau blog dari pihak yang profesional. Kaji, teliti dan cuba fahami mengenai teknologi Membran ini,” katanya.

Inilah masalah yang dihadapi oleh rakyat Selangor. Rakyat Selangor mempunyai seorang Menteri Besar yang hanya pentingkan diri dan pemikiran politik dari nasib rakyatnya sendiri.

Malah dikhuatiri, si Khalid ni tidak mempunyai akal yang cukup untuk menjadi Menteri Besar, kerana tidak dapat membezakan diantara masalah kekurangan air dengan kekurangan loji pembersihan. Umpama, seorang doktor yang hilang akal, orang yang sakit kepala, diberi ubat sakit perut. Memang takkan sembuh la penyakit tu.

Begitu jugalah dengan apa yang terjadi sekarang. Andaikata Kerajaan Negeri Selangor meneruskan projek teknologi membrannya tu untuk mengantikan Langat 2, ianya merupakan satu perkara yang sia-sia.

Masalah kekurangan air di Selangor pada tahun 2016 takkan selesai. Malah atas kesilapan dan kebodohan Kerajaan Negeri Selangor, menyebabkan rakyat Selangor menanggung kesilapan itu pada masa akan datang. Penyelesaiannya untuk jangka pendek sahaja tetapi kepada rakyat bebannya ditanggung untuk jangka panjang.

Keegoaan Kerajaan Negeri, membawa malapetaka kepada rakyat Selangor kelak!


McTheory:
Dapat MB Bodoh, nasib laa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!