Selasa, 27 November 2012
#IsuAirSgor: Hannah Yeoh dan LUAS Memalukan Khalid Gagap!!
Khalid Gagap dimalukan sekali lagi!
Kenyataan dan pengiktirafan Khalid terhadap LUAS (Lembaga Urus Air Selangor) dalam Sidang Dun Selangor, akhirnya memakan dirinya sendiri. Khalid yang sebelum ini berbangga dengan hasil kerja LUAS, dimalukan oleh rakan sepakatannya iaitu Hannah Yeoh Adun Dap Subang Jaya.
Khalid sebelum ini semasa ditemubual oleh pemberita, dia dengan yakin dan selamber mengatakan LUAS (Lembaga Urus Air Selangor) berjaya menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai agensi yang bertanggungjawab menyelia dan memantau bekalan air bagi penduduk Lembah Klang.
Kiranya Khalid sangat yakin dengan LUAS yang dikuasai oleh Kerajaan Negeri. Malah Khalid sendiri memuji LUAS kononnya berjaya dalam tugasnya.
“Luas merupakan sebuah agensi pertama di Malaysia yang ditugaskan menjaga jumlah air di Negeri Selangor.
“Jadi ia adalah sebuah agensi yang bertanggungjawab yang tidak ada di negeri lain lagi di Malaysia, sebab itulah saya berani bercakap mengenai air mentah sebab kita ada agensi khas,” kata Khalid.
Sedangkan pada hakikat sebenar!
Selang beberapa jam selepas itu. Hannah Yeoh, dalam twitternya mempersoalkan Khalid, kenapa sering di kawasan SS12 - SS19 berlaku gangguan air. Malah Hannah Yeoh sendiri mendapat aduan dari rakyat Subang Jaya yang mengatakan gangguan air kerap berlaku.
'Twitt' Hannah membuktikan LUAS tidak sehebat seperti mana yang Khalid katakan. Malah pengiktirafan Khalid terhadap LUAS menunjukkan Khalid sebenarnya tidak tahu, apa kerja yang LUAS buat. Atau Khalid sebenarnya, sembunyikan fakta sebenar mengenai LUAS.
LUAS bagaikan tidak relevan apabila Hannah Yeoh sendiri melaporkan krisis gangguan air kepada Puspel bahagian khidmat pelanggan SYABAS untuk memantau gangguan air di Selangor. Khalid janganlah tak tahu Puspel nanti pulak! Tak masuk akal kalau kerajaan negeri empunya Syabas tak tahu Puspel. Kalau Khalid dan rakyat Selangor tak percaya, boleh lihat sendiri 'timeline' Puspel yang sentiasa memantau dan melaporkan gangguan air disekitar Selangor.
Ni musim hujan pun orang boleh lapur ada gangguan air. Musim kemarau kalau tak silap mula Jan atau Feb nanti, macam mane? Bersiap sedia lah rakyat Selangor!!!
Ha yang ni kata ada “water level drop at Tmn Wawasan Reservoir” – sekarang ni musim hujan, boleh drop lagi? Mane pergi air? Tulah lagi dulu dah cakap permintaan melebihi bekalan air terawat yang ada, tapi Khalid tak korek telinga lagi.
Betul ke LUAS buat keja? Atau Khalid sengaja menipu dalam Sidang Dun, malah pemberita mengenai perkara ini, semata-mata mahu memperlihatkan Kerajaan Negeri Selangor mengambil berat tentang permasalahan air di Selangor?
Jika fakta mengenai Langat 2 pun Khalid boleh kelentong! Inikan pula hal LUAS yang Mc anggap lebih kecil dari Langat 2.
Khalid ohh Khalid, semakin hari semakin jelas kebodohan dan ketidak relevan dia menjadi MB Selangor. Kes air bukan boleh dibuat main-main, ia keperluan rakyat.
Katakan ia benar, walaupun pahit, kerana ia merupakan tugas dan tanggung jawab sebagai pemimpin. Khalid dikantoikan sendiri oleh rakan sePakatan, yang mungkin rasa lebih bertanggung jawab untuk membela rakyat mengenai masalah air.
Kalau LUAS yang teruk dia boleh kata bagus, apa la sangat Langat 2 yang amat penting tu dia boleh abaikan begitu saja demi kepentingan politik?
Orang macam ni rakyat Selangor boleh percaya untuk jaga negeri? Memang habis la Selangor nanti!!
McTheory:
To Khalid Gagap! Siakap, senohong, gelama, ikan keli, bercakap bohong, lama-lama jadi MB!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan