Pages
▼
Jumaat, 23 November 2012
PANASS!! Polis Akan Bertindak Mengenai Laporan Doa Sesat Pas!!
Alhamdullilah dalam banyak-banyak report yang kita buat. Akhirnya polis tunjuk juga nak menyiasat kes doa sesat Pas tu. Mula-mula Mc pun fikir juga macam mana polis nak siasat kes ni. Tapi bila ada kerjasama dengan pejabat Agama, mungkin boleh la kot.
Suka-suka mendoakan kehancuran umat Islam lain tanpa sebab pun boleh menjadi satu kesalahan, kerana ia berkait rapat dengan tuduhan fitnah. Fitnah ni boleh sama malu woo.. tambahan pula adik Nik Aziz yang sesat tu, berdoa secara terbuka!
RANTAU PANJANG - Polis Diraja Malaysia menyiasat secara adil semua laporan yang diterima berhubung kes doa Pas yang mahu menghancurkan UMNO serta kenyataan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menggambarkan parti itu murtad.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya turut memohon kerjasama daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) bagi melicinkan siasatan.
Setakat ini, beliau memberitahu, lima laporan polis telah diterima di negeri ini dan pihaknya menjangkakan jumlah itu akan meningkat berikutan beberapa aduan turut dibuat di negeri lain.
"Polis Kelantan dijangka menerima semua laporan mengenai perkara sama yang dibuat di negeri lain.
"Pihak kami juga akan meminta bantuan JHEAIK," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sambung Baca SINI
McTheory:
Apakah ada tindakan? Tunggu dan lihat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.
Harap Maaf dan Harap Maklum!