Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata selain Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), rakyat di negeri ini turut bimbang jika sumber air tercemar akibat aktiviti pembalakan yang tidak terkawal.
Beliau berkata semasa negeri ini di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN), Menteri Besar ketika itu tidak berani melakukan pembalakan di lokasi yang menjadi kawasan tadahan air seperti Tasik Pedu, Jeniang dan Gunung Inas.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata kerajaan PAS Kedah telah berbuat demikian dalam tempoh pemerintahan yang hanya mencecah empat tahun.
"Kawasan Tasik Pedu adalah hutan pemeliharaan bernilai tinggi, dan kita tak berani nak sentuh. Jika hutan ditebang, ia akan beri kesan kepada alam sekitar terutamanya sumber air," katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian penutup Fiesta Futsal Gelombang Merah di Titi Gajah hari ini.
Beliau mengulas kenyataan PBAPP yang mahu kerajaan negeri menghentikan pembalakan di sekitar kawasan tadahan air itu.
Mukhriz, yang juga Anggota Parlimen Jerlun, berkata kerajaan negeri juga dilihat tidak mempunyai daya kreativiti kerana hanya inginkan keuntungan mudah dengan melakukan kegiatan pembalakan tanpa memikir cara lain bagi menjana pendapatan negeri. - Bernama
Betul kata Mukhriz tu, simpanan air boleh tercemar teruk, contohnya seperti yang terjadi kat Gunung Inas, habis rosak kawasan tadahan tu. Kami pernah bongkarkan pasal semua ini dulu, kalau yang belum pernah tengok, boleh tengok layan video kat bawah ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.
Harap Maaf dan Harap Maklum!