Umno Kedah akan membongkar lebih banyak kelemahan kerajaan negeri itu yang diterajui pakatan pembangkang bagi menyedarkan rakyat bahawa parti pembangkang gagal dalam melaksanakan tugas dan membuktikan hanya Barisan Nasional (BN) yang terbaik untuk mereka.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerlun Datuk Othman Aziz, yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, berkata kerajaan negeri itu yang ditunjangi Pas tidak mampu menyelesaikan pelbagai masalah rakyat.
Apa yang mereka buat hanyalah aktif memacak bendera dan berceramah mencaci dan mengajak rakyat membenci Umno dan BN, selain menyerang kepimpinan negara dan kerajaan sehingga mereka terlupa merekalah sepatutnya mengambil tugas membangunkan negeri, katanya.
" Ketika Kedah di bawah BN, apa yang dibuat semuanya tidak betul di mata mereka, tetapi apabila mereka membentuk kerajaan, mereka meneruskan usaha-usaha yang dibuat. Bagaimanapun kerana gaya pengurusan Pas dan pakatan pembangkang yang lemah, mereka berhadapan dengan bermacam-macam masalah," katanya semasa membahaskan usul ucapan dasar Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno 2012 semalam.
Katanya selepas lebih empat tahun pakatan pembangkang berkuasa di Kedah, pelbagai persoalan timbul, antaranya tindakan kerajaan Kedah yang rakus menebang ribuan hektar hutan balak kononnya untuk menjadikannya ladang rakyat dan dusun tanpa mengambil kira kesan alam sekitar serta bekalan air domestik dan bekalan air untuk petani Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada).
Othman turut membangkit isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin), milik kerajaan negeri, yang kini menghadapi masalah aliran tunai kerana membiayai gaji staf yang tinggi dan penurunan mendadak bilangan pelajar disebabkan kenaikan yuran yang tinggi.
Katanya kerajaan negeri juga gagal dan rugi berjuta ringgit kerana dengan membabi buta melabur di Papua New Guinea dalam projek balak, dan selain itu campur tangan politik dalam perkhidmatan tadbir negeri Kedah (KCS) telah menjadikan pentadbiran negeri kucar kacir dan tidak lancar.
"Bukankah cerita rebutan kuasa menjadi menteri besar Kedah dalam kalangan kepimpinan PAS Kedah menjadi topik lebih penting daripada perancangan memajukan negeri dan rakyat? Bukankah MB Kedah kini meragui kesetiaan dan kewibawaan Exconya sendiri?.
" Pelabur asing juga sudah lari ke negeri lain kerana ketidakupayaan kerajaan negeri mengurus infrastruktur asas di kawasan perindustrian. Bukankah pusat hiburan dan rumah urut bertambah di Kedah?" soal beliau.
Beliau berkata yang terbaharu ketika persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, rakyat Kedah diperdaya bahawa Kedah akan mendapat hasil RM20 juta jualan air kepada Pulau Pinang walhal menurut anggota Exco terlibat, mesyuarat antara kedua-dua negeri baru hendak bermula.
"Banyak lagi persoalan akan dibongkarkan bila tiba masanya. Kepada rakyat, kalau pada 2008 marah kepada BN, mungkin kami buat silap. Seperti juga presiden, kami minta maaf. Kami berjanji akan menjadikan Kedah lebih cemerlang dan seperti negara-negeri maju di negara ini. Kita (Umno dan BN) mampu tadbir jauh lebih baik daripada pakatan pembangkang," katanya. - Bernama
Tuan, sila perhati nota facebook ini yang kecewa dan komen parti mana yang akan untung
BalasPadamBenarkah Mereka Berkhidmat Kepada Rakyat by MgtDewa To'Lo on Wednesday, November 14, 2012 at 4:43pm ·
Kita sering mendengar pemimpin-pemimpin sama ada politik dan agensi kerajaan akan bercakap objektif mereka memberi perkhidmatan kepada rakyat. Benarkah begitu?. Aku rakyat kerdil tidak menganggapnya begitu. Aku telah menulis surat kepada mereka yang aku fikirkan bersangkutan dalam perkara yang aku ajukan. Satu pun pihak-pihak yang aku tujukan surat tidak menjawabnya. Aku fikirkan surat aku tidak sampai kepada pihak-pihak yang aku tujukan. Kemudian aku membuat susulan dengan cara email mengikut alamat apa yang tertera di laman web masing-masing.
Isi asas surat aku adalah untuk menyatakan kekecewaan aku sekian lama sebagai peserta projek kolam udang Kerpan di Kedah. Berikutan tanah bendang aku telah diambil untuk projek itu pada tahun 1993, kira-kira dua puluh tahun lalu. Di awal projek itu semasa di bawah pemerintahan menteri besar Kedah yang bertanggungjawab terhadap projek itu memang aku sebagai peserta yang menyertai saham berjalan sepatutnya. Selepas daripada pimpinan negeri Kedah bertukar sehingga pada tahun 2008 bukan saja pimpinan bertukar bahkan parti yang memerintah pun bertukar. Aku sebagai pemegang saham yang menyertai projek itu diketepikan begitu saja. Apa yang berlaku ke atas projek itu tidak diketahui.
Tanah bendang aku walupun sekangkang kera, itulah harta aku. Apabila ia diambil untuk dijadikan projek aku tidak ada harta lagi. Aku harap saham daripada penyertaan tersebut menjadi harta selanjutnya. Malang sebaliknya kekecewaan yang aku terima. Tidak berapa lama sebelum ini aku menulis surat ditujukan kepada pihak yang aku fikirkan perlu mengetahui dan mempunyai kaitan dengan rakyat. Agensi yang aku tujukan itu ialah pentadbir tanah daerah Kubang Pasu sebagai mewakili agensi kerajaan yang mengetahui tanah-tanah yang berada di kawasannya. Kedua Ahli Parlimen Jerlun dari parti umno/BN yang mewakili kawasan Jerlun. Ketiga Menteri Besar Kedah dari parti Pas yang mentadbir negeri Kedah. Tidak ada satu pun yang membalas surat aku. Mungkin sebab aku rakyat kerdil yang tidak ada kepentingan kepada mereka, maka surat aku menjadi sampah sarap.
Apa yang hendak aku ketahui sekarang ialah apabila Ketua Setiausaha Negara yang baru dilantik menyatakan komitmen berkhidmat kepada rakyat, apakah pentadbir tanah daerah bukan sebahagian daripada pentadbiran ketua setiausaha?. Pihak ahli parlimen Jerlun dari parti BN yang memerintah Malaysia yang berjanji rakyat didahulukan, adakah menganggap aku bukan rakyat yang perlu diberi perhatian di atas kekecewaan sekian lama bila harta aku diambil dan aku diketepikan?. Pihak menteri besar Kedah dari parti Pas yang berjanji untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat bila mereka memerintah, adakah tidak mampu sebenarnya berbuat demikian?. Sebaliknya hanya menyalahkan pemerintahan sebelumnya.
Aku tidak perlu panjangkan lagi coretan ini. Hanya yang aku akan buat bila pilihanraya akan datang tiba aku akan pulang ke kampung asal pergi mengundi. Kebiasaannya secara tradisi parti yang bertanding di kawasan Jerlun hanya dua parti. Iaitu Pas dan umno/BN. Aku akan pangkah kedua-duanya. Bukan aku suka kedua-duanya, tapi aku tidak suka kedua-duanya. Walaupun ia tidak akan memberi kesan kepada keputusan pilihanraya, itulah yang termampu aku buat.
Hey! I simply wish to give an enormous thumbs up for the nice data you’ve gotten here on this post.
BalasPadamI will likely be coming back to your blog for more soon.
my website ... seo made simple strategies for dominating the world's largest search engine pdf