Pages

Isnin, 12 November 2012

TUDIAA!! Akhirnya Pas Kedah Tunaikan Manifesto, Parking Berbayar!! #TukarKedah


Masih ingatkah lagi dengan janji janji manis Pas Kedah sebelum memerintah ??. Isu parking berbayar bukanlah perkara baru dibincangkan, malah sebelum ini Pas Kedah telah berjanji mahu memansuhkan kawasan parkir berbayar di bandar Alor Star dan di Kedah..

Tetapi sejak Pas mengambil alih, makin bertambah pula kawasan kawasan parkir berbayar yang sebelum ini percuma..Sebagai contoh kawasan parkir di bandar Alor Star, Shahab Perdana dan kawasan kawasan baru di Sungai Petani..

MBAS dan PBT Sungai Petani pula telah mewajibkan setiap kenderaan memiliki kupon parkir bagi mengelakkan penguna di saman.. kisah parking dimain oleh blog Medan Tempur



Kali ini tapak parkir di Taman Tasik Darulaman menjadi kawasan baru bagi regim Kerajaan Pas Kedah.. Tempat awam yang menjadi tumpuan penduduk di Kubang Pasu untuk beriadah kini bertukar menjadi lubuk wang terbaru Kerajaan. difahamkan kerja kerja pemasangan penghadang automatik sedang giat dijalankan..

Inikah yang harus dibayar oleh rakyat selepas termakan dengan janji janji manifesto Pas Kedah ??

Berjanji memang mudah, tetapi bila sampai masa nak tunaikan macam macam alasan diberikan..

Masa berkempen semua nak bagi percuma, tapi bila dah tadbir, itu ini kena bayar..


McTheory:
Biasaaa.. janji maniss muuu..

3 ulasan:

  1. Kedah Sejahtera, rakyat merana.

    BalasPadam
  2. Khabarnya hasil balak dah nak habis kalu tidak jadi macam Kuin tak dapat nak bayar gaji kakitangan . Kedah Sejahtera biaq rakyat yang tolong bayar.

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!