Pages

Sabtu, 24 November 2012

TUDIAA!! Azizan Razak Buat Bajet 2013 Tipu Rakyat? #TukarKedah


 Terkejut saya apabila mendapat tahu bahawa Kerajaan PAS Negeri Kedah baru-baru ini mengumumkan bajet 2103 di sidang DUN yang bernilai RM1.1 bilion meskipun mensasarkan pertumbuhan pendapatan berjumlah RM640 juta pada tahun 2013.

Menteri Besar Kedah, Azizan Razak yang membentangkan bajet “menipu” tersebut berkata bahawa jangkaan peningkatan pendapatan Kerajaan Negeri Kedah itu akan diperoleh dari hasil premium tanah dan air yang dijual kepada SADA serta sahabat “syaitan”nya Lim Guan Eng di Pulau Pinang.

Lebih hebat lagi, Azizan juga menjangkakan GLC-GLC Kedah bakal menjana keuntungan yang berlipat ganda pada tahun depan, termasuk Bina Darulaman Berhad (BDB).

Persoalannya, bajet apakah yang Menteri Besar ini bentangkan? Bajet mahu mufliskan Kedah atau mahu ranapkan terus negeri Jelapang Padi itu?

Sebagaimana maklum, Kedah tidak pernah mengkaji semula tarif penjualan airnya kepada Pulau Pinang sejak bertahun-tahun lamanya dan negeri Pulau Pinang dikatakan menikmati kadar tarif air yang sangat murah.

Jadi berapa juta sangatlah yang Azizan harapkan dari Lim Guan Eng?

Begitu juga dengan SADA, takkanlah Kerajaan Negeri Kedah akan dapat hasil yang tinggi dari penjualan air kepada anak syarikat negeri Kedah itu dan selama ini SADA dikatakan hanya mampu menjana tidak lebih dari RM25 juta setahun.

Berapa Kerajaan Negeri Kedah akan terima dari SADA? Takkanlah SADA nak beri semua keuntungannya kepada Kerajaan Negeri Kedah? SADA nak makan apa lepas tu?

Katakanlah Azizan bakal memperolehi sebanyak RM40 juta dari SADA dan Kerajaan “Khalifah tak sunat”, Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Mana dia nak korek bakinya yang berjumlah RM100 juta?

Mahu tak mahu, Azizan sudah pasti mengharapkan sumbangan yang tinggi dari hasil premium tanah, bukan? Nak tahu berapa yang Kerajaan Negeri Kedah peroleh dari hasil premium tanah di negeri itu?

Secara kiraan purata dari tahun 2007 hingga tahun 2012, Kerajaan Negeri Kedah hanya mampu mendapatkan hasil sebanyak RM30 juta sahaja setahun dari premium tanah!

Jadi, bagaimana Azizan mahu mendapatkan hasil premium tanah sehingga RM100 juta sedangkan perbezaan pendapatan dari hasil tersebut begitu ketara sekali.

Kalau Azizan mensasarkan peningkatan pendapatan sebanyak RM60 juta, mungkin masih lagi boleh diterima akal. Tapi kalau disasarkan sehingga RM100 juta, itu tidak realistik dan membohong namanya!

Pada saya, mungkin juga Azizan sedang terdesak untuk mengurangkan defisit tahunan Kerajaan Negeri Kedah kerana dia takut dihentam kerana tidak pandai menguruskan hal kewangan negeri.

Namun, wajarkah dia menipu dan meletakkan angka sasaran hasil pendapatan yang tidak realistik supaya bajet yang dibentangkan itu kelihatan “cantik” dan “sedap didengar”?

Dalam bajet itu juga, Azizan yang dinasihati oleh para Exco dan Pegawai Kewangan Negeri (SFO) yang merupakan saudara dekatnya itu kononnya mampu mengurangkan defisit tahunan Negeri Kedah kepada RM15 juta pada tahun 2013 ini.

Saya yakin bahawa pada akhir tahun 2013 nanti, Kerajaan Negeri Kedah akan mengalami defisit yang lebih besar dari RM15 juta sebagaimana yang dianggarkan oleh Azizan Razak yang para Exconya yang “syok sendiri”.

Apatah lagi Azizan berbelanja besar sebanyak RM1.1 bilion dan hanya mendapat pulangan sebanyak RM640 juta sahaja. Ia adalah satu jurang perbelanjaan dan pendapatan yang sangat besar perbezaannya.

Ditambah pula dengan hutang BDB kepada bank untuk Azizan membina kampus KUIN di Kuala Ketil yang perlu dibayar sebanyak RM44.8 bilion setahun, dari manakah lagi sumber yang akan Azizan korek untuk menampung “kapal”nya yang semakin besar bocornya di sana sini?

Saya tertanya-tanya, apakah bajet “karamkan Kedah” ini sengaja dibuat Azizan sebagai bajet “widaq” yang menandakan bahawa Azizan yakin bahawa PAS tidak akan mampu mengekalkan kuasa dan dia tidak akan lagi bergelar Menteri Besar Kedah selepas PRU ke-13 nanti?

Apakah bajet ini boleh disifatkan sebagai “Bajet Perpisahan Azizan” sebagai Menteri Besar Kedah dan dia sengaja meninggalkan sebuah kerajaan yang hampir hancur dikerjakan PAS selama lebih empat tahun berkuasa?

Nampaknya Azizan benar-benar mahu negeri Kedah “dikaramkan” bersama PAS dan dirinya. Persoalannya, apakah rakyat Kedah sanggup membiarkan ini berlaku? Sama-sama kita nantikan kelak…


Sumber: Mykmu.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!