Pages

Rabu, 5 Disember 2012

GEMPAR!! Gombak Berdarah!! Kisah Sebenar Pertempuran Pencacai Pakatan dan Pemuda UMNO!!


MALAM tadi bertempat di Batu 9, Gombak Utara, Anwar Ibrahim dan gerombolan pemimpinnya telah datang untuk berceramah menabur fitnah di sana. Maka berduyunlah manusia yang lupa diri dan buta hati telah hadir untuk bersama-sama mendengar fitnah dan caci maki yang dikeluarkan oleh Anwar dan kuncu-kuncunya.

Antara pemimpin lain yang hadir bersama adalah Azmin Ali, Tamrin Ghaffar dan Amiruddin Shaari. Tapi bukan isi ceramah yang Mc nak katakan di sini. Nak bercerita tentang perangai buruk puak pakatan yang bertindak diluar batasan kemanusiaan.

Mc ada ambil dari blog JawaBer6, untuk menerangkan situasi sebenar, apa yang berlaku di Gombak. Sambung baca bawah:

Mungkin malam tadi sudah keluar di facebook puak pakatan yang mengatakan Pemuda UMNO yang datang menyerang ceramah mereka. Mungkin ada juga yang berkata puak mereka yang berdarah dibaling batu oleh orang UMNO.

Ini cerita sebenarnya. Memang Pemuda UMNO telah hadir untuk menghalau petualang bangsa dari mencemarkan kawasan Gombak Utara dari terus menabur fitnah. JB tak nafikan sehingga ada yang sanggup berjalan kaki sejauh 2kilometer dari Pejabat UMNO Gombak Utara. Malah, Tamrin Ghaffar juga terpaksa menaiki motosikal kerana kebanjiran Pemuda UMNO yang berjaga disepanjang jalan.

Pada sejam pertama, tiada apa-apa yang berlaku. Pemuda UMNO hanyalah berkumpul diseberang jalan untuk menunggu kehadiran Anwar Ibrahim berceramah. Tiada acara baling batu, kelapa, kerusi dan pelbagai objek lagi. Semuanya masih dalam kawalan.

Sehinggalah ada tangan jahat dari kumpulan puak pakatan yang mulakan serangan baling batu ke atas Pemuda UMNO. Maka bermulalah episod siri serangan balas-membalas balingan batu sehingga ada yang cedera di pihak UMNO. Siapa yang salah? Bagi JB dua-dua salah. Satu kumpulan provoke, satu kumpulan tak tahan provoke.

Akhirnya polis telah dipanggil untuk mententeramkan keadaan namun tidak berkesan. Akibatnya, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dipanggil untuk menghalang dua kumpulan ini dari terus bergaduh. Ucapan Anwar juga terganggu dan kadang-kadang tersangkut akibat dari tindakan Pemuda UMNO tersebut.

Tapi aku tetap suka cara UMNO Gombak. Berani dan tak gentar hadapi puak pakatan yang berjumlah hampir 1000 orang. Mereka hanya membawa sekitar 100 orang.



McTheory:
Orang memjual, tentunya kita akan membeli..sekarang bukan masa nak rilek-rilek lagi!!

5 ulasan:

  1. kesal dan sedih tengok MELAYU berperang sama MELAYU melalui POLITIK.MELAYU bolih bersatu sama MELAYU melalui UGAMA[ISLAM].tetapi MELAYU DIPECAH BELAHKAN olih PEMBANGKANG melalui POLITIK.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar hanya agama dpt menyatukan manusia..tetapi tidak adil rasanya kita letakan perpecahan dibahu pembangkang sahaja kerana mereka tidak mempunyai kuasa dan mandat lg..jadi sepatutnya kerajaan perlu lebih memberi perhatian terhadap mereka ini kerana kekuatan rakyat ada dibelakang mereka..adalah tidak logik pemerintah memusuhi rakyatnya sendiri..dimana yang menyokong ditimang walaupun banggang ttpi yang mengkritik ditendang walaupun hanya memberi pandangan..fikirkan..dimana agama islam dalam pimpinan umno..tenangkan fikiran..dan lihat apa yang telah dilaksanakan..pasti ada jawapan..sebenarnya tukar pemerintahan adalah jln terakhir rakyat melepaskan kemarahan..rakyat sayangkan umno tp bukan pemimpin..jangan ambil kesempatan atas pengorbanan rakyat pada umno selama ni..kena fikir orang lain..kalau fikir diri sendiri aku pun xde complain..tetapi hak orang lain yang juga rakyat malaysia

      Padam
  2. Fatah,hamas.suni. syiah.pas.umno semua beragama ISLAM semua diselamkan oleh yahudi kafir harbi.Kembali lah berpandukan Al quran dan hadith.

    BalasPadam
  3. astagfirruallalazim....,.
    babi ko orang .....wt cam tukat die.....x paTUT LAH KORANG NIE.....

    BalasPadam
  4. kami budak lui barat...28 Ogos 2013 pada 12:54 PTG

    banganglh korang nie..... x beperi ke maknusiaan...... HANGKEDEE.....diamlh ko sibuk je ko nie.....bodoh.....bangang sial.....x malu kaco ank owg tengah terbogel....

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!