Pages

Khamis, 6 Disember 2012

PANASS!! Kisah Gombak Berdarah, Pemuda UMNO TIKAM Pemuda Pas??


Sekali lagi puak Pakatan di dedahkan aibnya. Kali ni JawaBer6, mendedahkan lagi kenapa ada Mamat Pakatan yang ditikam. Tapi betul ke Pemuda UMNO yang tikam mamat tu?
SEBENARNYA aku dah malas nak bukak satu per satu aib orang pakatan ni yang cuba nak menegakkan batang sendiri. Aku pun dah naik meluat bilamana Pemuda UMNO Gombak terus dipersalahkan berhubung insiden berdarah malam semalam yang FRU dan Polis terpaksa datang meleraikan pergaduhan.
Cerita yang betul sebab aku ada memang ada kat tempat kejadian dan aku bersama orang-orang dalam pakatan masa pergaduhan tercetus. Siapa nak sangkal, silakan bersama bukti dan saksi.
Mamat kat atas tu memang aku perasan semasa pergaduhan atau adegan tolak menolak antara penyokong UMNO Gombak dan puak pakatan. Tapi aku terlupa nak tanya nama dia sebab tengok muka pun dah poyo semacam, konon berlagak alim tapi mulut boleh tahan kurang ajar. Sumpah seranah meluncur laju je dari mulut mamat ni.
Straight to the point. Semasa pergaduhan ini berlaku mamat kat atas ni la yang paling berani dan lantang hingga sanggup ke depan untuk berhadapan dengan penyokong UMNO yang ada. Semasa adegan tolak-menolak berlaku, ada seorang lagi mamat dari puak pakatan yang bawa pisau yang aku yakin baru sahaja dibeli di gerai kecil yang ada di tepi jalan.
Akibat dari rusuhan kecil yang tak dapat dikawal, pisau yang dibawa oleh mamat tadi terkena pada lengan mamat kopiah putih ni. DAN BUKAN PEMUDA UMNO YANG TIKAM. Kawan sendiri TERtikam kawan. Bagi nak menutup kemaluan dan kekacauan jadi dituduhnya Pemuda UMNO yang tikam mamat kopiah putih tu.
Apa lagi, hebohlah seantero dunia yang mengatakan UMNO zalim nak tikam orang Melayu sendiri. Padahal kawan sendiri yang main pisau dari belakang. 
Senang betul puak pakatan ni nak buat fitnah bagi menunjukkan yang UMNO ni jahat. Tikam kawan sendiri SALAH UMNO! Tibai bontot jantan SALAH UMNO! Main ChinaDoll pun SALAH UMNO!

6 ulasan:

  1. ISLAM dicipta olih ALLAH untuk menyatupadukan UMAT ISLAM KHASNYA dan UMAT MANUSIA AMNYA.POLITIK dicipta olih MANUSIA untuk memecah belahkan UMAT ISLAM KHASNYA dan MANUSIA AMNYA.NEGARA ISLAM adalah SASARAN UTAMA MANUSIA INI.NEGARA ISLAM jika nak bertukar KERAJAAN akan menjadi KECOH sepanjang masa.tidak akan AMAN dalam tempoh masa yang lama.sebagai contoh NEGARA2 ARAB.dan akhirnya kuasa kerajaan negara islam ini akan berpindah ketangan mereka yang BUKAN ISLAM atau BONEKA MEREKA.dari itu sebelum memilih kerajaan kenalah BERFIKIR DAHULU.jangan ikut cadangan mereka[pembangkang].MENANG DULU FIKIR KEMUDIAN.maksudnya kita semua kasi mereka menang dulu dan mereka yang memikirkan siapa dan dari PARTI MANA yang layak jadi PERDANA MENTERI.cara ini MERBAHAYA.sepatutnya kita semua yang memikirkan siapa dan dari parti mana yang layak menjadi PERDANA MENTERI kita semua.BUKAN MEREKA yang menentukannya tetapi kita semua.dari itu fikir2lah sebelum memilih kerajaan.jangan nanti LAIN KERAJAAN YANG KITA HARAP LAIN KERAJAAN PULA YANG KITA DAPAT.p.pinang menjadi contoh.dalam ALQURAN ada menyebut HENDAKLAH KAMU BERFIKIR AGAR KAMU BERTAKWA.WALLAHUALLAM.

    BalasPadam
  2. "cakap siang pandang2, cakap malam dengar2".. Bila nak nak masuk rumah orang kena lah beradap.. Sebab itu lah ceramah politik sebolehnya jangan lah di adakan di tempat awam berdekatan perumahan.. Buat lah di bilik gerakan parti, dewan.. Selama ini ceramah PAS ok je, tak ada pun masalah.. Harap PKR belajarlah dari PAS dan jangan main terjah je kat mana suka nak ceramah.. Sebab tak semua orang suka dengar apa yang di cakapkan..
    Joetbatu

    BalasPadam
  3. Merbah Desa Sgt: Ya saya setuju 100%. Mesir lagi satu contoh. Kan elok kalau umat islam mesir bersatu menyokong hosni mobarak? Takde la kacau bilau macam sekarang.

    BalasPadam
  4. Ada sebab kenapa rakyat mesir menggulingkan presiden hosni mubarak,malah rakyat bergempita gembira serta sujud syukur ditepi2 jalan meraikan pelantikan presiden morsi,satu2nya presiden negara Islam yg pling lantang bersuara,belajarlah mengapa dan kenapa empayar Islam yg kuat dan ampuh satu ketika dulu bole tumbang,disitu terdapat klu2 nya,wallahua'lam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan kembali bergempita merusuh untuk menjatuhkan morsi.......tak habis2lah

      Padam
  5. hosni mubarak berugama kristian.

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!