Laporan polis |
Zoom dekat sikit |
Pada yang rabun dan tak boleh nak baca, Mc dah tolong taip kat bawah ni. Pada yang kata Mc bohong dan menipu, kepala otak korang, ni laporan apa ni?
Report ditaip oleh pengadu
Pada 18/01/2013 lebih kurang ja 1430 hrs saya dimaklumkan oleh pegawai yang berada di pejabat Pertubuhan Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) Beralamat di --------- Sri Gombak 68100 Batu Caves. 3 orang lelaki melayu bersama 1 orang wanita yang tidak dikenali telah memasuki ke pejabat SW1M. Setelah memasuki pejabat, mereka mendakwa mereka darpada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memasuki pejabat kami untuk menyerahkan surat kepada presiden SW1M, walaupun pegawai kami telah maklumkan bahawa presiden SW1M tidak ada dan tidak boleh memasuki pejabat. Namun 3 orang lelaki melayu dan wanita melayu tersebut tetap berlegar didalam pejabat dan mengambil gambar dengan mengunakan ipad. Perbuatan dan kelakuan 3 lelaki melayu dan wanita melayu tersebut membuatkan pegawai saya kurang selesa dan rasa terganggu. Pegawai saya telah menghalang 3 lelaki melayu dan wanita melayu mengambil gambar, tetapi mereka mendapati 3 lelaki melayu dan wanita tersebut tetap mengambil gambar secara senyap. 3 lelaki melayu dan wanita melayu tersebut turut meminta pegawai saya diambil gambar untuk di emailkan kepada Malaysiakini, dan menyebabkan mereka berasa takut gambar mereka dimanipulasikan di internet. Ekoran daripada perkara ini pada jam lebih kurang 1852. Saya telah dihubungi oleh pihak Malaysiakini (0322843367) meminta pengesahan tentang email yang mereka terima dari saya dan minta pengesahan sama ada saya yang menghantar email tersebut. Saya telah memaklumkan kepada mereka yang saya tidak pernah menghantar email kepada malaysiakini dan saya syaki perkara ini dilakukan oleh mereka yang tersebut diatas, iaitu mengatakan mereka dari Solidariti Anak Muda Malaysia. Tujuan saya membuat laporan polis adalah kerana mahu pihak terbabit bertanggung jawab keatas apa-apa tohmahan terhadap Presiden SW1M dan pegawai SW1M. Saya juga mahu merujuk perkara ini kepada pihak SKMM untuk tindakan selanjutnya. Sekian laporan saya.
Walaupun tidak dibenarkan masuk, namun pihak SAMM tetap ceroboh masuk dan buat sesukahati. Ini satu tindakan biadap dan kurang ajar. Malah yang masuk pejabat tu semuanya geng mahasewel. Salah seorangnya kalau tak salah Mc ialah Khalid Ismath si penganut syiah tegar dan pejuang demo diantara pelajar di Malaysia.
Bagi pendapat Mc, puak ni sudah besar kepala, mereka ingat mereka boleh lakukan apa saja sesukahati mereka. Mereka nak angkat si Bawani mangkuk tu sama seperti Adam Adli dulu. Mengagungkan budak biadap untuk halalkan segala perbuatan. Menjadikan pejenayah sebagai hero, itulah yang mereka lakukan sekarang.
Tolong la rakyat Malaysia menjadi lebih terbuka dan cerdik dengan melihat semua ini sebagai perancangan halus untuk menghalalkan cara. Forum menolak keganasan dan demotrasi telah disabotaj oleh kaki demotrasi malah diangkat pula sebagai HERO. pehh.. memang kenyataan yang amat sedih.
Pada semua mahasiswa, jangan malukan diri anda dan status anda sebagai mahasiswa. Matang la sikit, jangan kebudak-budakan. Dengan menyanjung Bawani sebagai HERO disebabkan sebuah video yang anda sendiri tidak faham. Itu bukan cara anda, kaji dulu, banyakkan bertanya, kemudian baru buat keputusan. Paling penting, selidik siapa sebenarnya Bawani, dan apa motif Bawani buat di UUM!
Bawani hanya menunggu peluang untuk huru-harakan keadaan. Bawani adalah Ambiga pada masa hadapan, pejuang demotrasi ganas dan pemimpin LGBT. Itu yang kamu semua mahukan? Fikirlah sendiri.
McTheory:
Pijak kereta polis dan maki polis, itu dipanggil HERO? puiii!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.
Harap Maaf dan Harap Maklum!