Pages
▼
Jumaat, 18 Januari 2013
HOT! #isuAirSgor: SYABAS Sabotaj Rumah Pam Hingga Akibatkan Gangguan Air di Wangsa Maju?
Setelah pelbagai tuduhan dilakukan oleh pejuang air busuk Kerajaan Negeri Selangor, seperti Faekah, Xavier, Zuraidah dah Khalid sendiri. Kata mereka kononnya Syabas sengaja tidak membaiki pam dan biarkan rosak, supaya ada gangguan air.
Disebabkan tuduhan tersebut, Syabas bangkit dan bingkas memberi jawapan balas terhadap setiap tuduhan keatasnya.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Syabas, Datuk Ir Lee Miang Koi, gangguan itu berlaku adalah disebabkan kekurangan sumber bekalan air yang menurutnya masih tidak mencukupi.
Menurut Lee, kekurangan sumber bekalan air adalah disebabkan rumah pam Wangsa Maju menghadapi masalah untuk terus beroperasi dalam keadaan lebih bebanan dan berlebihan dari kadar yang ditetapkan.
Jelasnya, rumah pam tersebut telah beroperasi melebihi kadar pengepaman dan terpaksa dihadkan kepada 170 hingga 180 juta liter sehari (JLH) berbanding kadar pengepaman biasa iaitu 210 JLH.
Walaupun dua pam air yang sebelum ini rosak telah dibaiki, namun, bekalan air masih tidak mencukupi kerana tidak mampu untuk menampung permintaan penduduk yang semakin meningkat.
Kata Lee lagi, kekurangan masalah air hanya boleh diatasi sekiranya loji Langat 2 dibina.
"Jika loji Langat 2 dibina, kita boleh ambil air dari sana bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air.
"Walaupun pam dah pulih tapi tak boleh beroperasi dengan maksimum dan perlukan masa kerana permintaan semakin tinggi," kata Lee
Penjelasan dari Ketua Pegawai Operasi Syabas, Datuk Ir Lee Miang Koi, membolehkan kita mengetahui serba-sikit mengenai masalah teknikal yang dihadapi oleh Syabas. Bukan hanya berteka-teki dan menghentam Syabas tanpa sebab.
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif SYABAS, Tan Sri Rozali Ismail pula membayangkan krisis itu akan berpanjangan memandangkan terdapat kekurangan air yang dirawat. Kekurangan air yang dirawat akibat kurangnya sumber dari bekalan air mentah di Selangor.
Semuanya ada kaitan, kerosakan pam sebenarnya akibat peningkatan permintaan dari semasa ke semasa dan penangguhan program CAPEX yang turut merangkumi kerja pembaikan, menaik taraf, atau pertukaran aset dan sistem pengagihan air.
Akibat dari sabotaj Kerajaan Negeri Selangor yang membekukan program CAPEX Syabas, segala penambahbaikan sistem air di Selangor tergendala, itu punca utama penyebab gangguan air.
Disebabkan perkara tersebut, berita paling menyedihkan pada awal tahun ini adalah, krisis air di Lembah Klang terutamanya di Ampang dan Cheras dijangka berterusan sehingga sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Semuanya akibat kekurangan sumber air dan kerosakan peralatan yang dihadapi oleh Syabas.
Bila terjadi macam ni, siapa yang perlu kita salahkan? Kalau tanya Khalid dan konco-konconya, sudah tentulah Syabas. Tetapi secara realitinya, Kerajaan Negeri Selangor yang bersalah kerana mensabotaj Syabas dalam program CAPEX, hingga gagal Syabas untuk menaik taraf kemudahan air di Selangor dan Lembah Kelang.
Peristiwa ini juga melibatkan kebodohan Kerajaan Negeri Selangor yang menyekat pembinaan Langat 2. Kalau tidak disekat, sudah tentu loji air Langat 2 dapat membantu rumah pam yang sedia ada, dalam mengurangkan beban pengeluaran, kerana rumah pam tersebut tidak perlu beroperasi 'lebih kapasiti'.
Bila semuanya lengkap, barulah sistem perpaipan dan edaran air menjadi sistematik. Ini tidak, CAPEX di sekat, Langat 2 ditangguh, bila jadi gangguan air, meracau tuding jari kat Syabas. Sedangkan punca yang merosakkan segalanya ialah Khalid dan Kerajaan Negeri Selangor sendiri.
McTheory:
Dia sendiri berak, tapi tuduh orang lain, kemudian bising kenapa busuk dan kotor! Sedangkan diri sendiri puncanya..macam tu la keadaan Khalid sekarang ni!!
Rupanya bukan 18 kali/hari Rumah Pam Wangsa Maju beroperasi melebihi kapasiti 200 JLH seperti didakwa MB, tetapi 2,023 kali seperti dilaporkan SYABAS. Terkejut beruk saya. Patutlah rumah pam selalu rosak. Pelik juga saya, datang mana angka 18 kali tu? Pakar air MB ke?
BalasPadamAku rasa elok benarlah semua pimpinan kerajaan negeri S'gor letak jawatan. Apa taknya, laporan krisis air dihantar SYABAS bertahun2 tidak diendahkan langsung. Apa makan gaji buta ke diaorang ni? Kalau goyang kaki, gaji masuk aku pun nak!
BalasPadamInilah akibatnya bila ahli politik seperti Zuraida kamaruddin, Dr Xavier, Iskandar Samad dan lain2 berlagak seperti pakar air. Segala dakwaan mereka begitu mudah dipatahkan oleh SYABAS dengan fakta. Yela, SYABAS kan pakar air negara, mana boleh lawan ma!
BalasPadam