Pages

Sabtu, 26 Januari 2013

PANASS!! Akibat Fitnah Tindakan Rafizi Ramli Bakal Makan Diri!!


Berita baik untuk Rafizi Ramli, si jambu pendek Anwar telah difailkan saman oleh Zahid Hamidi akibat tuduhan dan fitnah yang tidak berasas terhadap beliau.

Sebelum ini Zahid Hamidi telah mencabar Rafizi Ramli supaya membawa tuduhannya itu bersama bukti-bukti yang ada ke Mahkamah untuk di ambil tindakan mengikut undang-undang. Namun sehingga ke hari ini Rafizi Ramli masih tidak berani berbuat demikian.

Setelah merasakan sudah cukup masa dan ruang diberikan kepada Rafizi Ramli untuk menyahut cabaran. Kini tiba giliran Zahid Hamidi pulak yang akan memberi tekanan kepada Rafizi Ramli untuk menjawab segala fitnahnya di  mahkamah kelak.

Sebenarnya Zahid Hamidi melakukan tindakan yang betul. Sepatutnya para menteri dan pemimpin UMNO/BN perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap setiap fitnah yang dibuat oleh puak Pakatan Haram ni. Rafizi ni dah melampau, kali ini tindak-tanduknya dah makan diri. Kita tengok apa jadi di mahkamah kelak.

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli berhubung satu artikel di dalam laman blog.

Dr Ahmad Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Mengikut pernyataan tuntutan, Dr Ahmad Zahid mendakwa Mohd Rafizi (defendan) menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom.

Dr Ahmad Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.
Katanya Rafizi mengetahui kesan langsung penerbitan artikel tersebut yang membolehkan ia diterbit semula oleh pihak media termasuk media di laman Internet.

Dr Ahmad Zahid turut mendakwa perkataan yang terkandung dalam artikel tersebut membawa maksud bahawa beliau tidak kompeten untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan, menyalah guna kuasa, tidak bertanggungjawap, menyalah guna wang rakyat dan pecah amanah.

Beliau mendakwa tujuan sebenar Rafizi berbuat demikian adalah untuk melupuskan keyakinan orang awam dan gabungan Barian Nasional terhadapnya terutama dalam pilihan raya umum akan datang.

Dr Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.

Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.

Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain. - Bernama

1 ulasan:

  1. hehee..kalu x thu cerite sebenar jangan dok reka2 cerita fitnah lak jadinya..nanti fitnah memakan dri sendiri..

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!