Sabtu, 26 Januari 2013
PANASS!! Lagi Syarikat 'MATI' Untuk Biayai Bajet Anti #Lynas
Mc mendapat maklumat bahawa Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) ini telah didaftarkan dibawah sebuah syarikat, iaitu SMSL Sdn. Bhd. Hebat juga la SMSL ni, hingga mampu membuka syarikat untuk mencari modal perjuangan.
Akan tetapi, NGO SMSL cuba menafikan bahawa mereka mendapat dana dari parti politik ataupun dari anasir luar Negara. Malah mereka dengan bangga menyatakan mereka mendapat sokongan orang ramai melalui derma yang diterima.
Ini mereka buktikan dengan aktiviti mengutip derma pada hari Khamis lalu, kononnya mereka berjaya mengutip hampir RM8,000 dalam masa beberapa jam sahaja. Kumpulan tersebut juga mengaku telah menerima dana sebanyak RM160,000 hasil derma orang ramai antara 8 Ogos 2012 hingga 22 Januari tahun ini.
Drama kononnya SMSL menerima bantuan rakyat untuk teruskan perjuangan mereka menentang Lynas itu hanya topeng mereka bagi mengaburi mata rakyat Malaysia.
Sedangkan pada hakikat yang sebenar, SMSL Sdn Bhd tu baru saja dtubuhkan, malah penyata kewangan syarikat pun tidak ada perubahan. Kalau benar SMSL Sdn Bhd begitu telus, kenapa tiada langsung aktiviti kewangan? Ke mana duit-duit sumbangan itu disalurkan? Bagaimana pula duit tersebut digunakan?
Sebelum ini SMSL ke Australia habis puluhan ribu ringgit hanya untuk buat huru-hara sahaja. Tapi kali ini mereka akan ke Jerman pula untuk mencari sokongan dari NGO disana dan mendedahkan laporan yang dihasilkan oleh badan NGO Jerman itu. Ini kerana laporan tersebut akan dilancarkan serentak di negara Jerman dan Malaysia pada hari ini nanti.
Satu lagi persoalan yang timbul disini ialah, siapa yang membiayai NGO Jerman itu untuk menghasilkan laporan tersebut? Siapa yang yang membiayai ahli SMSL untuk ke negara Jerman? Bukan murah nak ke negara Eropah.
Tiket kapal terbang untuk sehala saja pun dah beribu untuk seorang. Inikan pula untuk pergi dan balik. Tambah pula kos sewa bilik hotel. Mc percaya bukan seorang yang pergi ke Jerman tu. Tentu 3 atau 4 orang.
Kalau benar mereka berjaya kumpul beratus ribu ringgit dan mampu ke luar negara beberapa kali, kenapa mereka tak mampu membayar pampasan RM10,000 kepada kerajaan pusat dan Lynas? Macam mana mereka urus dana hasil kutipan derma?
Jadi tidak hairan sekiranya Kelab Wartawan Belia Malaysia baru-baru ini membuat laporan polis dan mendesak Kementerian Dalam Negeri untuk menyiasat siapakah dalang sebenar di sebalik SMSL.
Dakwaan Kelab Wartawan Belia Malaysia itu perlu diambil berat kerana motif SMSL menunjukkan bahawa kumpulan tersebut bukan melindungi rakyat Malaysia daripada bahaya Lynas, tetapi hanya bertujuan memburukkan dan menjatuhkan kerajaan.
Tidak masuk akal satu kumpulan NGO yang ditubuhkan oleh satu syarikat mampu menjalankan aktiviti-aktiviti mega hanya dengan menggunakan duit derma.
Sudah tentu pihak yang membiayai mereka ini adalah pihak yang untung bila Malaysia huru-hara dan Lynas dihentikan.
Kemungkinan puak pembangkang menjadi dalang disebalik SMSL adalah 90% betul, malah puak ini berkemungkinan besar disokong oleh kuasa luar iaitu syarikat-syarikat besar dari China.
Dari itu, siapa dalang sebenarnya di SMSL sudah hampir terjawab. Kerana SMSL takkan hidup tanpa bantuan dari anasir luar. Malah tujuannya itu sudah cukup membuktikan bahawa SMSL pemberontak ciptaan puak pembangkang.
McTheory:
Wayang SMSL hampir terbongkar!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan