Pages

Selasa, 29 Januari 2013

PANASS!! Pok Nik Jumpa Karpal Sebab Minta Izin Isu Kalimah Allah!



Kecoh betul di laman lidah rasmi PAS, Harakahdaily dan blog-blog pro-PAS semalam mengenai kunjungan Mursyidul Am PAS ke Pulau Pinang dan telah mengadakan pertemuan dengan seorang Bishop Katolik, Sebastian Francis di sana.

Kononnya, dengan pertemuan antara Nik Aziz dan Bishop tersebut, ia akan meredakan ketegangan yang tercetus dari isu penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible berbahasa Melayu untuk edaran di Semenanjung Malaysia.

Malah dalam lawatan Nik Aziz ke negeri jajahan Guan Eng itu, dia telah menyambut harijadinya di kediaman Pengerusi DAP dan Karpal Singh telah menghadiahkan sebiji kek harijadi padanya dalam lawatan tersebut.

Kononnya, mereka berdua “mesra”lah, kan? Memanglah “mesra semacam” saja bila Nik Aziz dan Karpal dikatakan berbicara mengenai pemecatan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dari Majlis Syura PAS…

Apatah lagi bila laporan mengenai kunjungan Nik Aziz ke rumah Karpal dan pertemua dengan Bishop itu tidak menyentuh langsung tentang soal penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible bahasa Melayu…



Cuba sebut tentang isu itu, saya yakin Nik Aziz takkan lama di Pulau Pinang…kan?

Sepanjang lawatan Nik Aziz di Pulau Pinang, tiada sebarang laporan pun dari media-media pro-pembangkang yang melaporkan tentang sebarang perbincangan mengenai isu kalimah “Allah” berlangsung di antara Nik Aziz dengan pemimpin DAP atau Bishop tersebut.

Malah cakap-cakap mulut di kalangan para penyokong PAS di sebelah utara semenanjung menyifatkan lawatan Nik Aziz itu hanyalah sekadar propaganda untuk meredakan kemarahan mereka terhadap DAP dan PKR yang mahu kalimah “Allah” tercemar di negara Islam ini.

Kata mereka, mereka tidak sekali-kali akan tertipu dan percaya lagi dengan mainan propaganda tersebut selagi DAP dan PKR menurut kehendak Majlis Syura PAS yang mahu hak eksklusif penggunaan kalimah “Allah” itu dikekalkan sebagaimana yang ditetapkan kerajaan selama ini.

Paling menarik, sekumpulan penyokong PAS yang saya temui di Sungai Petani tadi berkata, biarlah PAS tidak memerintah sehingga kiamat asalkan kalimah “Allah” tidak dicemari DAP dan PKR, serta Islam tidak dicabar oleh kedua sekutu parti mereka.

Sebenarnya, para penyokong PAS sudah lama memendam rasa dan menahan sabar dengan kerenah DAP dan PKR yang sejak lima tahun dulu memandang “lekeh” pada parti mereka serta mencabar perjuangan parti “bulan” itu.

Malangnya, mereka mendakwa para pemimpin PAS sendiri sangat lemah dan terlalu “beri muka” kepada DAP dan PKR sehingga kedua parti pembangkang itu “naik kepala” dan “tumbuh tanduk syaitan di atas kepala”.

Tekad mereka, tiada lagi undi yang akan diberikan kepada DAP dan PKR pada PRU ke-13 nanti. Mereka tidak akan meninggalkan parti, tapi para penyokong PAS ini akan “mengajar” DAP dan PKR tentang “akar umbi PAS bukannya keldai seperti para pemimpin mereka”.

Salah seorang rakan PAS saya yang terkenal dengan sokongan terhadap gerakan Syi’ah di utara berkata, PAS sepatutnya keluar dari Pakatan Haram, tapi dia yakin bahawa para pemimpin PAS takkan berani buta begitu.

Bila ditanya sebab dia berkata begitu, selamba saja dia berkata, memang pemimpin PAS di zaman ini tidak sama dengan pemimpin PAS di zaman Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, mereka semuanya gila kuasa dan jawatan politik!

Persoalannya, bila para penyokong PAS sendiri pun sudah mengamuk dan bersuara begini, maka memang benarlah kedudukan PAS hanya berada “di bawah tapak kaki” DAP dan PKR. Hina sungguh sehingga sanggup menjual agama demi kuasa.

Sekurang-kurangnya DAP masih sayangkan agama mereka (Kristian) dan Anwar masih sayang pada cita-citanya (nak jadi PM). PAS masih sayangkan Islam lagi, kah?

3 ulasan:

  1. pendapat mengatakan akar umbi pas marah kpd dap Dan pkr berhubung kalimah 'Allah' adalah dongeng Dan momokan pro umno...

    Hakikatnya tak seorang pun membantah, yg buat demo hanyalah org upahan umno yg menyamar ahli pas, rata2 org melayu penang sporting Dan sayangkan guan Eng. Sebab itulah di penang tak Ada pun demo besar2an.

    Malah org umno sendiri 'buat dekkkk' je....umno pun pelahap undi bukan Islam.

    Parti umno Dan pas janganlah berlagak nak jadi juara memperjuangkan Islam, masing2 kecut teloq.

    BalasPadam
  2. kalau benar apa yang ko katakan ni maka ketahuilah bahawa didalam QUR'AN ada menyebut tentang TENTERA ALLAH YANG BERADA DILANGIT DAN DIBUMI.kedua2 tentera2 ini AMAT TA'AT AKAN PERINTAH ALLAH.IA[TENTERA2]SENTIASA BERSIAP SEDIA UNTUK MENYERANG KITA JIKA DIPERINTAH OLIH ALLAH PADA BILA2 MASA SAJA.WALLAHU'ALLAM.

    BalasPadam
  3. Hai pornik...kata sambut maulidul rasul (hari kelahiran rasulullah) tu bidaah...tapi sndiri punye besday beria potong kek..puiihhh...ni lg stu munafik...masa tazkirah cakap lain tapi praktikal hancur..org kpg beria2 la dngar tazkirah dia...smp meleleh ayaq lioq...tp alih2 boleh potong kek dgn banjingan yg menentang agama Islam..ni la namanye org politik..camne la ada org bleh tarafkan dia sama wali...waliband bleh la..chittt..

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!