Pages

Selasa, 29 Januari 2013

PANASS!! Ramalan Saham Felda #FGVH Bakal Rugikan Peneroka?


Mc sebenarnya agak keliru dengan bahasa-bahasa pelabur ni. Hari tu kita ada pakar ekonomi yang bernama Dr. Rosli, Mazlan Aliman import dia ni dari Bangladesh kerana di sana dia seorang CEO di sebuah syarikat disana.

Dr. Rosli balik Malaysia, duduk semeja bersama Mazlan Aliman dan menghentam Kerajaan Malaysia kerana menyenaraikan saham felda FGVH ke pasaran antarabangsa. Kenapa la dia marah sangat dengan penyenaraian tu?

Dulu Mazlan Aliman kata FGVH ni gadai tanah peneroka, tetapi bila Kerajaan Malaysia dijelaskan bahawa FGVH ni tak ada kena mengena dengan tanah peneroka, dia bawa pula si Dr. Rosli ni membuat analisis saham dan mengeluarkan 'fatwa', katanya peneroka akan kehilangan segala-galanya jika saham FGVH jatuh di pasaran.

Benarkah begitu?

Setahu Mc, Kerajaan akan menanggung sebarang kerugian yang dihadapi oleh peneroka disebabkan FGVH. Kalau ada keuntungan pula, keuntungan saham FGVH akan dirasai oleh semua pemegang saham. Ini janji Kerajaan kepada peneroka yang mempunyai saham FGVH.

Namun bukan itu yang nak diceritakan, Mc sebenarnya keliru dengan Dr. Rosli ni. Dr Rosli kata saham FGVH akan turun susut dan mengalami kerugian. Sedangkan penganalisa pasaran saham pula menyuruh para pelabur membeli saham FGVH sementara harganya turun rendah.

Kalau mengikut analisa pasaran saham, saham FGVH ini mempunyai pegangan yang kukuh dan masa depan yang stabil. Dijangka FGVH akan melonjak naik sehingga ke RM5.46. Semua ini bergantung kepercayaan pelabur kepada kemampuan FGVH.

Sesungguhnya FGVH sebuah syarikat yang besar dan mempunyai masa depan yang masih jauh dan cerah. Sebab itu penganalisa saham BBIM Securities meletak target yang agak tinggi untuk FGVH, kerana mereka percaya FGVH mampu pergi lebih jauh.



Kejatuhan sekarang bukanlah bermakna saham FGVH tidak kukuh, mungkin kejatuhan itu diselangi dengan khabar angin dan berita yang buruk tentang FGVH, hingga menyebabkan pelabur terpengaruh dengan semua cerita tersebut.

Hakikat yang sebenar, kalau kita bertindak bijak dan mengikut saranan dari penganalisa saham, sepatutnya kita beli saham FGVH sementara ia masih rendah. Kalau dah naik tinggi nanti, jangan kita menyesal, kerana kita sudah tahu, cuma degil taknak mempercayainya.

Takkanlah kita nak percaya cakap seorang CEO dari Bangla yang mengaku pakar tetapi tidak tu. Baik kita percaya badan penganalisa yang sememangnya 'pakar' sebenar dalam bidang saham.

Entah-entah, bangla pun dah tak percaya cakap CEO tu lagi, sebab tu dia lari balik Malaysia. hehe..

McTheory:
Apa agaknya ONAR yang dia kat buat kat bangla sana tu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!