Pages

Rabu, 23 Januari 2013

PANASS!! Siapa Sebenarnya Tuan Punya Hantu Kacau #Lynas!

Tan Bun Teet

Bila anda sering mengikuti isu Lynas, tentu anda dengar satu NGO, Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) yang sentiasa membayangi gerak langkah Lynas. NGO yang mengaku bebas dan tidak berpihak ini kononnya ditubuhkan secara bebas dan tidak bertuan.

Benarkah mereka tidak bertuan dan bebas? Mari kita rungkaikan satu persatu.

Kalau benar mereka ini bebas, sudah tentu mereka tidak mempunyai sumber kewangan yang kuat. Mungkin mereka mendapat sumber kewangan dari kutipan derma. Tapi betul ke hanya dari derma?

Mc agak sangsi dengan NGO ini bila mereka sanggup ke Australia semata-mata nak berdemo, raih simpati, cari sokongan dan buat bantahan untuk menghuru-harakan Mesyuarat Agung Lynas.

Bukan seorang dua yang pergi, tetapi 19 orang ahli SMSL ke Australia. Ramai tuu.. malah 19 orang tu sanggup menunggu 3 hari mesyuarat berlangsung semata-mata untuk buat kacau di Australia.



Apa yang Mc nak persoalkan di sini ialah, dari mana SMSL dapat modal untuk ke Australia? Bukankah mereka NGO tidak berteraskan keuntungan dan kononnya tidak bertuan.

Cuba kita congak, harga tiket untuk seorang ke Austaralia paling murah pun dua ribu ringgit. Itu paling murah, kalau biasa ada dekat tiga, empat ribu juga harganya.

Lepas tu, yang pergi bukannya seorang, tetapi 19 orang. Kat mana si Tan Bun Teet ni cari duit untuk tampung semua tu? Sebagai bekas guru, banyak mana sangat duit Bun Teet ni.

Dua ribu ringgit kali 19 orang, berapa puluh ribu dihabiskan hanya untuk tiket kapal terbang sahaja. Itu belum termasuk tempat tinggal dan makan untuk 19 orang. Campur semua rasanya lebih dari 60 atau 70 ribu ringgit tuu..

70 ribu ringgit dihabiskan hanya semata-mata pergi untuk buat kacau di Australia? Biar betul Bun Teet ni, takkan duit kutip derma boleh sampai 70 ribu ringgit dan untuk dibazirkan semata-mata saja?

Tak susah untuk kita meneka siapa dalang dibelakang SMSL, kerana mereka hanya muncul ketika program Pakatan Haram. Sepatutnya mereka yang kononnya cintakan alam sekitar ni muncul bila ada program yang berkaitan dengan alam sekitar, namun tidak, mereka hanya mengambil berat tentang Lynas semata-mata, tanpa pedulikan yang lain.

Contohnya bantahan pembalakan mengila di Kedah dan Kelantan, sehingga menjejaskan sumber air, alam sekitar, habitat haiwan dan tempat rekreasi. Sudah jelas ianya menjejaskan alam sekitar, tidak pula mereka bantah. Bukan kata berdemo, bersuara pun tidak.

Lynas pula, walaupun disahkan selamat oleh agensi peringkat dunia dan antarabangsa, mereka masih lagi membantah. Malah belum terbukti pun Lynas ni teruk dan berbahaya, namun mereka bantah seolah-olah Lynas sudah banyak korbankan nyawa rakyat Malaysia.

Kerajaan juga turut memberi jaminan Lynas sedang dipantau ketat dan tidak akan teragak-agak bertindakan segera sekiranya Lynas melanggar peraturan. Ini menunjukkan betapa tegas kerajaan Malaysia memastikan Lynas selamat dan tidak memudaratkan.

Jadi disini kita nampak bahawa, SMSL ini hanya berkiblatkan kepada Pakatan haram. Mereka mempunyai agenda tersendiri, dan bukan hanya mahu projek Lynas dihentikan, tetapi mereka mahu racun rakyat Malaysia supaya menukar kerajaan.

Benci Lynas hanyalah satu brand yang mereka jual untuk mendapat sokongan. Tetapi pada hakikat sebenarnya, rancangan Pakatan Haram yang membiayai mereka ini hanyalah untuk tagih sokongan dan simpati kononnya kerajaan sekarang jahat bina kilang Lynas yang bahaya tanpa pedulikan rakyat sekeliling.

Simpati begini yang boleh mewujudkan rasa benci pada kerajaan. Bila dah benci, sudah tentu rakyat tidak lagi mengundi kerajaan yang sedia ada.

Inilah permainan mereka yang sebenar, jadi dengan hujah yang Mc berikan tu, kita dah nampak siapa sebenarnya di belakang SMSL ini.

Akhirnya kita dapat tahu siapa tuan hantu Lynas yang selama ini membuat kacau disana sini. Bila kita dah kenal tuan, sudah tentu kita tahu apa yang mahu hantu tu lakukan.

Mereka bukan nak berhentikan Lynas, tetapi mereka mahu tukar kerajaan. Itulah sebab mereka dibayar oleh Pakatan haram.


McTheory:
Jadi perlukan kita layan puak SMSL yang jadi hantu ni?

3 ulasan:

  1. anti lynas ni dibayar oleh kompeni cina doll kot.

    BalasPadam
  2. LYNAS adalan sebuah pelaburan usaha syarikat berteraskan Bumiputra dan syarikat Australia. Banyak pegawainya dan pekerjnya adalah berbangsa melayu.LYNAS telah mendapat green light daripada badan-badan kawalan tenaga Atom, Nuclear di dalam negeri malah luar Negara seperti IAEA (untuk yang tak tahu atau buat-buat tak tahu IAEA adalah badan mengawal antarabangsa penularan bahan nuclear) malah pakar physic dan nuclear juga ahli Parlimen PAS Dr. Che Rosli Che Mat menyatakan LYNAS adalah selamat. Sebenarnay LYNAS adalah selamat, hanya digembar gembur sahaja untuktujuan politik. Cuba perhatikan siapa yang membantah? Jawabnya orang-orang Cina yang tidak senang hati kepada orang-orang Melayu yang membawa masuk projek tersebut. MP Kuantan Fauziah Salleh adalah alat atau pun “Trojan Horse” oleh badan Perniagaan Cina yang membantah.
    Malaysian-China Kuantan Industrial Park tidak pula dikritik. Kawasan tersebut akan juga dibangungan industri nadir bumi dan industri berat dimana hasil buangan toksid adalan lebih buruk dari LYNAS. Apabila ada tunjuk perasaan yang ramai adalah kaum-kaum Cina, Melayu yang tidak sedar diri dan dibayar akan sama-sama menyertaianya termasuk A. Samad Said (beliau kecewa kerana bukunya tidak diambil penuh oleh kerajaan untuk kegunaan curriculum sekolah dan anaknya tidak dapat biasiswa kerana kurang merit). Semua pembayaian di bayar oleh pihak berkepengtingan menerusi so-call NGO. Kalau tutup LYNAS maka hilanglah mata pencarian lebih 400 orang pekerja Melayu Islam dan lebih 2,000 orang pekerja hiliran. Yang rugi orang Melayu yang ketawa orang Cina. Adakan anda seorang yang akan menabur pasir dan menutup periuk nasi mereka. Sungguh zalim, kita kalau buat orang nanti Allah akan balas. Kan didunia sekarang Allah bayar cash. Aku tak nak.

    BalasPadam
  3. mesti orang barat geleng kepala ada jugak rakyat malaysia yg kerjanya pandai tak boleh diikut bodoh tak boleh diajar. sudah sampai ke tahap kronik sampai dah jelas "TIDAK BAHAYA" tetap dikatakan bahaya. bodoh tahap bebal tak hengat

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!