Pages
▼
Rabu, 20 Februari 2013
GEMPAR!! Senarai Calon PRU UMNO Sudah Siap? #PRU13
Petanda PRU semakin dekat, cuma tanda tanya bila bubarnya parlimen masih lagi menjadi persoalan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata UMNO pusat sudah menerima semua senarai nama calon parti itu yang berpotensi bertanding pada pilihan raya umum ke-13 ini.
Senarai nama calon itu diterima dari bahagian-bahagian parti secara berperingkat sehingga tarikh akhir penyerahan pada 2 April lepas, katanya.
Beliau berkata semua bahagian UMNO telah diminta mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi menamakan calon-calon yang dicadangkan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
“Bagaimanapun senarai nama calon yang diutarakan kepada pucuk pimpinan ini bukan muktamad,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) peringkat Tanjong Karang semalam.
Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung BN, berkata beliau juga telah meminta parti komponen BN lain untuk menyenaraikan nama-nama calon di kawasan yang akan ditandingi.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata pihaknya telah menghantar sembilan nama calon untuk bertanding kerusi Parlimen Tanjong Karang dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Sungai Burong dan Permatang.
“Calon yang tersenarai ini termasuk penyandang sendiri dan salah seorang mereka adalah seorang profesional. Justeru, terpulang kepada Perdana Menteri untuk memutuskannya,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Tengku Adnan meminta jentera BN menangkis segala tohmahan yang dilemparkan pembangkang terhadap kerajaan serta berhati-hati dengan serangan pembangkang yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat.
“Sebahagian besar pemimpin pembangkang pernah berjuang bersama BN dahulu dan mereka arif mengenai gerak geri BN.
“Jangan leka dan alpa dengan tindakan sebahagian besar pembangkang yang tahu mengenai gerak geri kita yang dijadikan taktik (pembangkang) untuk menghancurkan kita,” katanya.
Itu cerita pembangkang, bagaimana pula dengan jentera sendiri yang sabotaj? Bagaimana pula kisah Ketua Bahagian yang berasa hebat, tapi kecewa disebab tak terpilih, lalu sabotaj calon pilihan parti?
Rasanya UMNO Pusat perlu beri perhatian tentang perkara tersebut.
McTheory:
Lebih risau musuh dalam selimut dari pihak luar..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.
Harap Maaf dan Harap Maklum!