Pages

Rabu, 20 Februari 2013

HOT!! #FGVH!! Apa #Felda Buat, dan Apa Pula Si Mazlan Aliman Buat?


Dulu kalau orang ingat Felda, orang akan fikir, pokok kelapa sawit, dalam hutan, rumah kayu, tanah merah, kampung peneroka yang daif. Kemudian kehidupan peneroka yang serba kekurangan.

Namun tahukah anda, itu semua dulu. Sekarang ni tak lagi. Keadaan di Felda tidak lagi sedaif dahulu. Peneroka Felda sekarang ni berkereta besar, rumah batu, kurang-kurang pun pasti ada proton wira depan rumah tu.

Kegigihan peneroka Felda ini menyebabkan Kerajaan berpandangan jauh untuk membangunkan lagi Felda dengan mewujudkan FGVH (FELDA GLOBAL VENTURES HLDG BHD) dan Felda Holding.

Kerajaan mahu Felda bersaing di Malaysia dalam pelbagai bidang, bukan hanya menjual kelapa sawit. Kemudian FGVH ditubuhkan untuk bersaing diperingkat antarabangsa. Hasil dari sawit, bukan hanya dibuat minyak. Sabun, gincu bibir, alat-makeup, krim dan pelbagai lagi.

FGVH disenarai dalam bursa saham, kerana kedudukannya yang kukuh. FGVH bukan disenarai hanya di Malaysia bahkan dunia. Sebelum Kerajaan mahu menyenaraikan saham FGVH, Kerajaan Malaysia sudah menganalisis pasaran terlebih dahulu.

Perkara bersaing dalam pasaran saham bukan perkara yang dibuat main. Selepas Kerajaan nampak hasil dan keberkesanannya, barulah keyakinan timbul dan FGVH ditubuhkan.

Sebenarnya boleh sahaja jika saham FGVH tidak dibuka pada peneroka. Kerana Felda hanya melabur dengan mengunakan tanah Felda Plantation. Bukan tanah peneroka, namun demi untuk berkongsi kekayaan yang ada, FGVH dibuka kepada peneroka, malah sebarang kerugian disabitkan saham, akan ditanggung oleh Kerajaan Malaysia.

Itu kisah saham, belum lagi kisah bola sepak Felda yang semakin bersaing hebat di Liga Super Malaysia, kemudian anak Felda dihantar belajar keluar negara dalam pelbagai bidang, malah ada yang dibiasiswa dari mula hingga habis secara terpilih.

Kalau nak cerita pasal kemajuan Felda dari dulu hingga sekarang ni, memang tak habis la. Kesimpulannya sekarang, Felda bukan sekadar kelapa sawit. Apakah semua ini masih lagi tidak disedari oleh Mazlan Aliman dan penyokong kurapnya itu?

Sebagai seorang muslim, sepatutnya Mazlan dan penyokongnya tu bersyukur dengan apa yang ada. Bukannya pergi berceramah mengutuk Felda kesana-sini. Sedangkan dulu, dia pun membesar dengan hasil Felda.

Kalau nak dibandingkan jasa Felda dengan Mazlan Aliman ni, rasanya macam langit dan bumi. Felda membina dan terus membina, Mazlan memusnah, kalau boleh melingkupkan apa yang ada.


McTheory:
Contoh orang tak tahu bersyukur, itulah Mazlan Aliman!!

1 ulasan:

  1. dia ni bukan nak memajukan bangsa melayu..tpi nak melingkupkan bangsa melayu..orng macam ni x blh ada dalam malaysia..bagi je tingal kat bangla ka indon ka baru dia tau susah ka senang dok kat sana..sepatotnya kta harus bersyukur apa yg kerajaan bgi utk rakyat ..bukan mengutuk kerajaan

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!