Pages

Khamis, 14 Februari 2013

HOT! #IsuAirSgor Khalid Gagap Suruh, Tony PuaKA MEMFITNAH Lagi!!


Selepas Khalid dan konco exco Selangornya bergilir menghentam SYABAS dan Kerajaan Pusat. Kini tiba giliran Ketua Publisiti Dap yang memang terkenal dengan kenyataan media yang putar belit.

Tony PuaKA mendakwa, peruntukan tambahan RM120 juta bagi menaik taraf kemudahan air yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menjadikan jumlah dana untuk 'menyelamatkan' Syabas daripada kerajaan persekutuan kini meningkat menjadi RM3.41 bilion dalam tempoh empat tahun.

Maksudnya Kerajaan Pusat banyak habiskan duit untuk bantu SYABAS selama 4 tahun ni. Umpama, SYABAS ni tak tahu buat kerja dan menjaga kewangan. Sampai Kerajaan Pusat kena bantu selalu, kalau tak bantu mungkin SYABAS akan bankrup. Lebih kurang macam itulah maksudnya.

Sedangkan RM120 juta peruntukan dari Kerajaan Pusat tu untuk rakyat dan bukan untuk kepentingan SYABAS. Duit peruntukan tu akan digunakan untuk kos baik pulih peralatan, pam, tangki dan paip-paip yang perlu digantkan segera.

Semua projek tu pula perlu dapat kelulusan dari SPAN dulu. Kiranya SYABAS perlu 'memohon' kepada SPAN untuk segala tindakan yang perlu mereka lakukan. Kemudian SPAN akan kaji dan luluskan peruntukan tersebut. Pengunaan wang tersebut dipantau!

Ianya bukannya seperti dakwaan Tony PuaKA yang mendakwa SYABAS diberi terus peruntukan tersebut dan boleh digunapakai sesukahati. Malah ada dakwaan yang mengatakan RM120Juta tu sebenarnya duit bantuan dari Kerajaan Pusat untuk mengelakan SYABAS dari bankrup.

Semua dakwaan tersebut tidak berasas kerana selama ini pun SYABAS tidak pernah dibantu oleh Kerajaan Negeri, malah CAPEX SYABAS juga telah lama disekat. Atas sebab demikian, CAPEX yang amat diperlukan untuk membaik pulih fasiliti air untuk manfaat rakyat Selangor, Kerajaan Pusat hulurkan peruntukan khas.

Semuanya hanyalah demi menyelamatkan rakyat Selangor. Kalau Kerajaan Pusat tidak bantu, kewangan SYABAS pula disekat oleh Kerajaan Negeri Selangor, bagaimana SYABAS hendak beroperasi dengan baik? Siapa yang menderita, rakyat Selangor bukan?

Contoh terbaik, macam gangguan air yang lepas, seperti mana gangguan air di Wangsa Maju dan Cheras tempohari, siapa yang disalahkan? tentulah SYABAS, sedangkan punca utama tersebut adalah Kerajaan Negeri Selangor yang menyekat CAPEX dan gagal menjelaskan hutang SYABAS.

Bila takdak wang, tentunya ia menjejaskan operasi SYABAS. Sebab tu Kerajaan Pusat bantu. Untuk mengelakkan masalah menjadi lebih teruk. Bukan macam Khalid gagap yang "selamatkan" Talam Corp dengan harga tinggi dan tak munasabah dari harga pasaran. he he..

Nak harapkan Kerajaan Negeri Selangor? Mereka lebih suka SYABAS bankrup! Biar rakyat susah, janji hasrat mereka tercapai!!

McTheory:
Mangkuk betul Kerajaan Negeri Selangor ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!