Pages

Sabtu, 23 Februari 2013

PANASS!! Azizan Razak MB Kedah dan Agent UMNO? #TukarKedah


 Sekali lagi Azizan Razak menunjukan kedegilannya yang amat sangat. Orang tua ni memang susah nak minta maaf. Patut la Pemuda Pas menyampah dengan Azizan ni, sebab dia rasa dirinya saja yang betul.

Menteri Besar Kedah, Azizan Razak menegaskan bahawa beliau tidak perlu memohon maaf kepada kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang didakwanya sebagai ejen Umno kerana sering membuat bantahan terhadap pengurusan kolej universiti itu.

Azizan berkata, beliau tidak kisah dengan desakan sekumpulan kakitangan yang mahu permohonan maaf dibuat kerana telah mengheret mereka ke dalam kancah politik.

"Nak mohon maaf pasai apa? Memang depa ejen Umno, sebab tu Shahrizat (Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil) bela depa. Saya tak hairan sebab mereka (kakitangan) ni ada masalah sikit, panggil wartawan cakap kat televisyen.

"Kalau mereka (kakitangan) benar-benar ikhlas, sepatutnya depa mai (mereka datang) jumpa saya.. depa ni semua orang pandai," katanya kepada pemberita

Beliau mengulas desakan kakitangan Kuin yang kesal kerana dituduh sebagai ejen Umno, sedangkan mereka mendakwa tidak pernah dibayar mana-mana parti politik, sebaliknya hanya berjuang untuk hak dan kebajikan masing-masing.

Mengenai desakan Shahrizat supaya Menteri Besar Kedah menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat dan mengaudit isu dan dakwaan yang ditimbulkan kakitangan Kuin, Azizan berkata ia tidak perlu.

"Nak siasat apa? Kalau nak siasat pi (jumpa) SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) la," kata Azizan.

Mc dimaklumkan, pihak kakitangan Kuin dah banyak kali berjumpa dengan Azizan. Namun rayuan mereka tidak dilayan. Azizan lebih percayakan si Jamil rektor Kuin yang banyak menipu tu.

Rayuan dah buat, surat dah tulis, laporan polis pun dah, SPRM pun dah. Apa lagi yang kakitangan Kuin tak lakukan? Cuma belum mengadap YDP Agong saja lagi. Takkan kes ni pun nak suruh YDP Agong settlekan macam kes Madrasah Salihiah?

Kalau semua nak bagi YDP Agong settle, baik Kedah tak payah ada menteri besar. Ada pun buat apa, makan gaji buta? Selama ni pun Azizan kat office bukan reti buat kerja. Harap si Setpol dengan orang keliling dia saja tolong. Kerja dia hanya 'sign' sebab tu selalu payment keluar bayar bukan-bukan pun dia taktau.

Cara Azizan keluar statement amat menyakitkan hati, berlagak. Tunggulah PRU ke 13 ni, kita tengok dimana Azizan lepas tu.


McTheory:
Hantar dia balik buat sawah kat Sungai Limau la..pencen..

1 ulasan:


  1. Salam Perjuangan..
    TOLONG JANGAN LEKA DAN SELESA.. PUTRAJAYA BELUM SELAMAT LAGI!!


    Jgn fikir soal ramalan akan menang, itu sbg 'sweetener' psywar supaya jentera UMNO BN leka, syok sndiri dan mula lalai. Anggaplah kita akan hadapi perperangan besar, battle ship.. direction mesti tepat, must GO AHEAD!!

    Jgn lihat godaan di kiri kanan..terus mara pd sasaran.

    Musuh yg amat dahsyat sedang tunggu utk menghancurkan kita. PR anggap inilah peluang terbaik mereka utk habis2an tumbangkan UMNO BN. Anwar sudh caturkan ini peluang akhir utk dia jd PM!! Mereka akan buat apa shj, gunakan taktik paling kotor dr luar negara utk musnahkan UMNO (mereka tk kisah sgt dgn MIC MCA, itu senang urus)

    PR akan pakai semua perkakas yg ada dlm kerajaan jika mereka menang (minta Allah jauhkan) utk balas dendam pd pemimpin UMNO BN.. terutama Tun M, DS Najib, Rosmah dan penentang2 Anwar.

    Misi balas dendam ini dikhabarkan sgt mengerikan, dn Polis, ATM akan diperkudakan sepenuhnya utk capai cita2 ZALIM Anwar ini..

    Kita tiada pilihan melainkan sepenuh jiwa raga mempertahankan PUTRAJAYA seterusnya mengembalikan 2/3.

    DS Najib sudah lakukan yg terbaik dan bermacam2, jgn last minute ini ada yg jd dalang pengkhianat utk sebarkan fitnah buruk pd DS Najib/Rosmah dr DALAM JENTERA UMNO SENDIRI (aku sudah hidu maklumat, talibarut perosk dr dlm pd saat akhir nnt)!! Terpulang kpd kita utk fikir pakai otak atau kepala lutut.. Skrg we MUST ALL OUT with FULL THROTTLE!!
    (PAS yg korok miskin pn sudah ada treler propaganda.. UMNO masih pakai cara lama, khemah knduri??!)

    Skrg masa bkn bermain2 lg.. bukan masa utk buat lawak kosong lg, hntikan thread publisiti murah utk artis, gambr2 merepek dan lucah, PLEASE!.. be serious, tingkatkan motivasi dan smgt juang utk jentera BN!!

    Jgn lupa sbg hamba Allah, kita yg Melayu Islam tetapkan DOA dan SOLAT di hari2 genting ini utk panjatkan pertolongan ALLAH TA'ALA..

    Sebaik2nya UMNO Pusat anjurkan majlis bacaan Yaasin dan Solat Hajat mohon kemenangan dan jauhi malapetaka..

    skdr ingatan dr rakyat biasa yg tiada apa2 jawatan..

    SEMOGA UMNO BN MENDAPAT KEMENANGAN PRU13 2/3..AMIINN!!

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!