Pages

Rabu, 6 Februari 2013

PANASS!! Disebabkan Fitnah Terhadap #FGV Peneroka Felda Teloi Sik Kedah Halau Mazlan Aliman! #TukarKedah



Semalam Mazlan Aliman dihalau keluar lagi!! Kejadian berlaku di Kampung Teloi Timur, Sik, Kedah. Mazlan yang dijangka datang ke Teloi telah dihalang oleh 400 orang kampung dari memasuki kampung ke pentas ceramah.

Kedatangan Mazlan padanya mula dijangka awal, namun setelah mengetahui sekatan akan dilakukan keatasnya. Mazlan mencari jalan alternatif untuk memasuki Teloi. Namun usahanya gagal apabila setiap pintu masuk kampung telah dijaga oleh anak muda pembenci Mazlan Aliman.

Mazlan bersama penyokongnya 100 orang yang diimport telah dihalau keluar oleh orang kampung yang benci dan menolak pembohongan serta fitnahnya terhadap felda dan saham FGV.

Gambar dan video kekecohan Mazlan dan penyokongnya masih lagi dalam proses. Nampak sangat dimana saja Mazlan pergi, dia pasti dihalau! Orang dah malas nak dengar dia membohong, takdak kerja lain, hanya tahu membohong saja kerjanya!

Bila kita halau, mereka kata kita menghalang kebenaran. Bila kita bagi dia bercakap, dari mula sampai habis, kerjanya nak membohong. Saham FGV yang dibantu oleh kerajaan pun dia kata akan bankrup dan merudum.

Ceritanya tak sudah-sudah, kononnya boleh hilang tanah, FGV gadai tanah peneroka la, kerajaan nak menipu dengan tandatangan kontrak dan pelbagai lagi fitnah yang Mazlan Aliman buat kepada felda dan FGV.

Tahukah anda, FGV ini di IDEA kan oleh Perdana Menteri. PM mahu felda menjadi satu syarikat yang besar dan disegani oleh dunia. Jika orang luar boleh memandang FGV sebagai satu saham yang hebat dan besar, kenapa tidak kita?

DS Najib tidak pernah menghampakan kita, dari beliau naik menjadi PM sampai la sekarang. Janji yang beliau buat tak pernah dimungkiri. Tak pernah rakyat rasa susah dengan segala tindakannya. Jadi, apakah kita nak percaya pada Mazlan, ataupun Perdana Menteri yang kita sayangi tu?

Saham FGV memang pernah jatuh tempohari, namun sekarang ni, hari demi hari saham FGV dah makin stabil. Malah penganalisis menjangkakan FGV akan terus stabil dalam masa jangka panjang.

Dengan kekuatan Felda Plantation dan perancangan jangka panjang dari FGV sendiri, Mc percaya saham FGV akan terus stabil dan meningkat naik. Cuma cerita buruk mengenai FGV perlu dihapuskan, kerana ia akan mempengaruhi pasaran.

Bagi peneroka, saham jatuh atau naik takkan ada sebarang kerugian, kerana semuanya ditanggung oleh kerajaan. Kalau naik, mereka beroleh untung, kalau jatuh kerajaan yang tanggung.

Kalau Mc diberi peluang, Mc pun nak saham macam ni. Mana nak dapat oii!!


McTheory:
Najib oii Najib.. main saham pun subsidi ke? hehe

3 ulasan:

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!