Gambar ini Mc ambil dari blog CTS, Ini adalah Pengkalan Chepa, Parlimen di mana yang berjawatan MB Kelantan dan dua EXCO tinggal dan bertanding. Malam tadi malam bersejarah buat penduduk di Pengkalan Chepa.
Tidak pernah berlaku sebelum ini ribuan Rakyat membanjiri himpunan Gelombang Merah. Disaat PAS membuat replika patung Datuk Mustafa Mohamed dan memukul replika patung berkenaan dengan rotan di sebelah petangnya, di sebalah malam pula ribuan Rakyat Pengkalan Chepa berhimpun menyatakan sokongan pada Tok Pa dan Tok Dali serta angkatan pemimpin seluruh Pengkalan Chepa.
Nampaknya kali ni, Kelantan benar-benar dilanda gelombang perubahan. Kalau dalam kubu MB pun boleh himpun sebegini ramai. Sudah tentu ditempat lain, lagi porak peranda dikerjakan oleh UMNO Kelantan.
Mungkin rakyat Kelantan sudah bosan dengan penipuan Nik Aziz dan exco-exconya? Kita tunggu PRU ke 13 kali ini. Rasanya ada perubahan besar akan berlaku di Kelantan.
McTheory:
Selepas kalah, Nik Aziz boleh bersara dengan tenang..
posting sampah laa braderrr!!!syok sendiri ko ye?
BalasPadamsaya hairan dengan tanpa nama diats ni komen.. saya tidak menyeblahi mana2 parti tp uka mengikuti perkembangan tiap2 parti.. apabila pihak pakatan rakyat berceramah dan dapat menghimpun ramai rakyat pasti bloger pro pakatan akan mengwar-warkan bahawa rakyat menyokong pakatan rakyat tapi bila pihak kerajaan berceramah dan dapat juga menghimpunkan ramai rakyat ada pulak mereka yang menyokong pakatan tak dapat terima kenyataan yang rakyat hadirkan diri dengan ramai 'posting sampah lah, edit lah dan mcm-mcm lagi' pada pengamatan saya sebagai rakyat malaysia mereka yang datang mendengar ceramah baik dari kerajaan atau pembangkang yang pasti mereka tidak semestinya mengudi kerajaan atau pembangkang, kerana mereka ini hadir untuk mendengar isi ceramah yang di sampaikan benar atau fitnah, palsu atau betul mereka mempunyai akal fikiran jadi mereka akan menilai sendiri mana yang pada mereka parti yang perlu disokong.. jadi kita manusia lebih-lebih lagi rakyat malaysia belajarlah menerima apa yang telah menjadi ketentuan ILAHI, Hayati rukun IMAN YANG 6 PERKARA TU, setidak tidaknya faham pengertian beriman kepada QADA DAN QADAR.. maaf saya juga mengingatkan diri saya sendiri.. wassalam
BalasPadamBetul tu...sbb tu dia letak tanpa nama....dua pun takuttttttttttttttttttttt Da .....baling batu sembunyi tangan...
Padam