Sebelum ini MB Selangor, Si Khalid 'gagap' telah memberi amaran kepada Menteri KeTTHA, Dato' Peter Chin yang mana dia tetap akan meneruskan misi membeli keempat-empat konsesi air di Selangor. Walaupun sudah hampir 3 tahun Khalid asyik bercakap kosong nak penstrukturan air di Selangor.
Jika kali ini dia mahu mengadakan perbincangan, bermakna ini sudah kali keempat sesi perbincangan penstrukturan air di Selangor, ketiga-tiga perbincangan yang diatur sebelum ini telah gagal yang mana Khalid mendakwa campur tangan kerajaan pusat menghalang perbincangan tersebut.
Inilah sifat pembangkang, mereka langsung tidak boleh menerima kegagalan, malah akan mengguna segala macam cara untuk menyalahkan kerajaan pusat (BN). Walhal kerajaan pusat langsung tiada kaitan dalam perbinacangan tersebut. Malah menyokong lagi tindakan kerajaan negeri Selangor hendak membuat penstrukturan air.
Sebenarnya Mc pun pelik dengan Khalid ni, patutnya fokus masalah air dulu sebelum buat penstrukturan, bukannya sibuk nak buat penstrukturan tapi rakyat kat Lembah Kelang merana kerana tak ada air. Apa Khalid fikir penstrukturan tu boleh buat air bertambah ke?
Sudah la tipu rakyat pasal penstrukturan. Kemudian salahkan Syabas bila masalah air timbul, sedangkan mereka langsung tak peduli pasal Syabas. Malah mereka yang sekat kewangan Syabas dan mensabotaj segala yang boleh untuk menunjukan Syabas tidak mampu untuk menguruskan air Selangor.
Itulah Pakatan Haram, dari dulu hingga sekarang kerjanya menyusahkan orang. Bila jadi kerajaan pun asyik nak menipu dan membohong. Bukan nak jaga rakyat. Puak macam ni kita nak percaya dan biarkan jadi kerajaan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.
Harap Maaf dan Harap Maklum!