Pages

Ahad, 24 Februari 2013

PANASS!! Kisah HANGAT Di Lubuk Tupah Kembali? #TukarKedah


Anda ingat dengan TUPAH? Atau lebih dikenali sebagai Lubuk Tupah. Tupah ni dulu, merupakan satu pusat peranginan yang agak terkenal di Kedah. Namun selepas Kerajaan Pas Kedah mengambil alih tampuk pemerintahan. Air terjun Tupah terus tidak lagi popular. Kenapa ya? Ikuti pembongkaran Eksklusif dari Pisau Kedah.

Kelmarin semasa Pisau Kedah berada di Tanjung Dawai, Pisau Kedah di maklumkan tentang keadaan pencemaran yang sedang melanda sungai kawasan Pusat Perkelahan Tupah yang di katakan agak teruk setelah kerajaan negeri membangunkan projek perlombongan bijih besi di kawasan berkenaan.

Dalam perjalanan balik dari Tanjung Dawai, untuk mendapat kepastian Pisau Kedah singgah sebentar di pusat perkelahan tersebut untuk memantau keadaan sebenar apakah seperti yang di maklumkan kepada Pisau Kedah.

Ternyata apa yang di maklumkan kepada Pisau Kedah adalah benar, keadaan sungai pusat perkelahan tersebut memang menyedihkan dan menyakitkan hati mata melihat keadaan sungai yang dulunya bersih dan selalu di kunjungi orang ramai yang hendak berkelah tapi kini sudah bertukar wajah setelah kerajaan negeri membangunkan projek perlombongan bijih besi.




Lihatlah keadaan air sungai yang bertukar menjadi seperti air karat dan dasarnya di penuhi tanah merah batu-batu sungai yang dahulunya bersih, kini bertukar menjadi batu karat akibat aktiviti pengambilan bijih besi. 

Bertapa kejamnya kerajaan negeri terhadap alam semula jadi hanya di sebabkan mahukan keuntungan segera dengan hasil bijih besi, kerajaan negeri sudah tidak perduli akan kesan terhadap sungai yang berhampiran yang menjadi kawasan rekreasi orang ramai.





Yang lebih menyedihkan apabila terdapat beberapa kawasan di penuhi dengan tumpokan sisa tumpahan minyak dari jentera berat yang di gunakan di kawasan perlombogan mengalir ke dalam sungai.




Yang Pastinya kawasan Pusat Perkelahan Tupah tersebut langsung tidak di pantau dan di selengara oleh Pihak Berkuasa Tempatan MPSP (K)..


Kenapa Kerajaan Pas Kedah membiarkan pusat peranginan jadi seperti itu? Nak salah sapa tu? UMNO juga ka?

McTheory:
Pas Kedah hanya nampak duit MASYUKK!! Lain Lingkup pun takpa!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!