Rabu, 27 Mac 2013
HOT INFO! #LahadDatu Laungan Takbir Iringi Kejayaan Pasukan Keselamatan Negara Tumpaskan Penganas Sulu! #PrayforSabah
Ternyata pengalaman bertempur dengan penganas Sulu memberi seribu pengalaman kepada pasukan komando kita. Memang ramai diantara pasukan komando yang kali pertama bertempur dengan musuh. Tapi semangat juang mereka harus dipuji kerana tidak gentar pertahankan negara.
Mc tertarik dengan cerita salah seorang, VAT69 Kpl Mohamad Asrul mengenai cerita mereka diserang. Dalam keadaan musuh menyerang bertalu-talu dan anggota pasukan komando VAT69 ini membalas tembakan mempertahan diri dan negara, dalam insiden 1 Mac lepas, Kpl Mohamad Asrul Osman tidak sedar rakan di sebelahnya gugur dalam pertempuran selama sejam itu.
Beliau berkata laungan ‘Allahhuakbar’ menjadi perisai ketika diserang musuh yang jaraknya agak dekat dalam insiden pencerobohan pengganas militan di Lahad Datu, Sabah.
“Ketika pertempuran saya meniarap bersebelahan arwah (Sjn Sabaruddin Daud, 46. Kami diserang bertalu-talu dan angin daripada tembakan itu memang jelas dirasai betul-betul di sebelah telinga saya.
“Saya tidak sangka tembakan itu mengenai Sabaruddin dan hanya mengetahuinya apabila saya menepuk belakang beliau untuk berundur, tetapi beliau sudah kaku ketika itu,” katanya kepada media tempohari.
Mohamad Asrul, 33, berkata beliau cedera pada cuping telinga dan kolar pakaian seragamnya koyak rabak dalam pertempuran yang turut mengorbankan ASP Zulkifli Mamat.
“Meskipun hati sebak melihat rakan gugur, ia tidak menjadi kekangan pada saya untuk meneruskan perjuangan demi membela tanah air,” katanya.
Semangat juang yang ditunjukkan pasukan keselamatan negara itu berjaya membunuh 15 musuh.
Beliau berkata kira-kira pukul 5 petang hingga keesokannya harinya (2 Mac) semua pegawai dan anggota diletak dalam keadaan siap siaga bagi menumpaskan pengganas.
“Sehingga kini saya masih terbayang kejadian menimpa Allahyarham,” katanya.
Beliau berkata pengalaman bertempur dengan pengganas yang merupakan pengalaman pertama baginya itu, mendidiknya menjadi lebih berani dan sanggup mempertaruh nyawa sendiri demi menjaga kedaulatan negara.
“Saya masuk Komando pada 2003, insiden pencerobohan di Lahad Datu memberi peluang kepada saya merasai sendiri apa apa yang telah orang lama ceritakan mengenai pertempuran dengan komunis dan bagaimana perasaan bertempur dalam situasi sebenar,” katanya.
Malah ada anggota yang VAT69 yang memberitahu media betapa kebalnya penganas Sulu yang ditembak tapi seolah-olah tidak cedera. Namun selepas arahan dikeluarkan untuk menembak kepala musuh, barulah ada penganas Sulu yang mati.
Memang sah, penganas Sulu mengunakan 'tangkal kebal' dan ilmu hitam untuk berdepan dengan anggota keselamatan kita. Namun tidak ada kuasa yang lebih tinggi selain dari kuasa Allah, 'laungan' Allahuakbar memecah segala sihir jahat demi pertahankan bumi Malaysia tercinta.
McTheory:
Itu baru takbir jihad, bukan takbir POLITIK sesat Pas tuu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan