Pages

Jumaat, 22 Mac 2013

PANASS!! Ceramah Zul Noordin Kena Serang Pencacai PKR!!


Dua hari lepas di Permatang Pauh tercetusnya serangan yang dilakukan oleh pencacai PKR pada ceramah Zul Nordin. Keberanian YB Zul Nordin masuk ke dalam kubu kuat Anwar Ibrahim seharusnya dibanggakan oleh semua pihak. Beliau juga dahulunya merupakan orang kuat Anwar dan terlalu banyak RAHSIA yang beliau ingin kongsikan untuk rakyat semua.

Mc difahamkan ceramah tersebut adalah ceramah bekas pemimpin PKR, pemimpin kanan dan juga bekas peguam Anwar dalam kes liwat dan kes Altantuya. 2 Kes besar ini menyebabkan Zul Nordin sebagai peguam Anwar nampak akan kebenaran. Ketelusan Zul Nordin untuk memberitahu kepada rakyat perkara yang sebenar adalah kerana tidak mahu rakyat diPERBODOHkan Anwar Ibrahim sampai mati.

Malah, program Zul Nordin ini diboikot oleh UMNO Permatang Pauh. Apa sudah jadi nie? Macam ni ke sudah bersiap siaga untuk berperang dengan pakatan haprak PRU13 nanti. Tempat yang dikatakan menjadi kubu kuat Anwar Ibrahim tapi dari segi zahirnya UMNO Permatang Pauh awal dah 'angkat kaki'.

Kawan-kawan yang berada semasa serangan penyangak PKR pada malam tersebut juga kena balingan telur dan sebagainya dari puak-puak ini. Di mana moral seorang bangsa Melayu yang dilihat ada sebahagiannya berperwatakan seperti ustaz tapi perangai terpekik terlolong. Jelas mereka ini hanya dipergunakan Anwar yang takut kerusi di Permatang Pauh akan jatuh ke tangan UMNO/BN.



Pada semua pihak baik UMNO/BN berilah sokongan pada semua pihak tak kira dari mana mereka. Jika mereka ini menyokong sepenuhnya kepimpinan YAB PM DS Najib Razak bantulah sehabis baik. Janganlah jadi macam 'katak di bawah tempurung' bukalah mata, bukan masanya sekarang untuk menunjukkkan pada pucuk pimpinan parti siapa buat kerja siapa tak. Yang penting kemenangan PRU13 majoriti milik UMNO dan juga Barisan Nasional.

Rakyat sentiasa memandang apa yang kita lakukan dan perkhidmatan yang kita berikan seharusnya sejajar dengan apa yang PM Najib telah lakukan. Bukannya untuk siapa pun, untuk masa depan agama, bangsa dan negara.

Sumber SINI

3 ulasan:

  1. Masalahnya umno telah menggunakan sekolah sbgai tempat politik..umno telah mempolitikkan sekolah yang mengajar anak2 kita. Duit bina sekolah bukan duit derma org ramai tetapi duit pembayar cukai..

    BalasPadam
  2. Sekolah ni umno yang punya..hanya umno yang blh buat ceramah

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!