Pages

Selasa, 19 Mac 2013

PANASS!! #LahadDatu Anggota Keselamatan Terpaksa Berhadapan Dengan Kejadian Aneh Bertempur dengan Penganas Sulu! #PrayForSabah




LAHAD DATU - Pengamalan dan penggunaan ilmu hitam oleh pengganas Sulu bukan cerita rekaan atau dakwaan semata-mata. Tetapi itulah antara cabaran yang terpaksa dilalui oleh anggota keselamatan yang bertugas di barisan hadapan 'Op Daulat'.

Meskipun tidak dapat diterima dalam kehidupan realiti, tetapi penggunaan ilmu hitam oleh pengganas berkenaan termasuk menggunakan pelbagai tangkal tidak boleh terus ditolak.

Ini dibuktikan apabila sebahagian besar mayat pengganas yang ditemui memakai tangkal sama ada di diikat di pinggang ataupun di celah kelangkang.

Walau bagaimanapun, dengan menaruh keyakinan kepada Allah dan berjuang dengan ikhlas pasukan keselamatan tetap berjaya menewaskan musuh-musuh berkenaan meskipun mereka (pengganas Sulu) menggunakan ilmu syaitan.

Menuruh sumber, usaha gempur pengganas Sulu dalam 'Op Daulat' sebenarnya amat mencabar memandangkan terdapat dalam kalangan mereka mengamalkan kepercayaan karut itu.

"Pengganas seakan-akan kebal apabila pasukan keselamatan terpaksa menembak bertalu-talu bagi menumbangkan mereka. Setakat sekali tembak tidak akan membuatkan pengganas itu tewas," katanya.

Menurut sumber itu, usaha menjejaki pengganas berkenaan juga pada mulanya agak buntu kerana pasukan keselamtan tidak dapat mengesan tempat persembunyian musuh.

Dalam pada itu, katanya, pasukan keselamatan juga pernah dikejutkan dengan kelibat dua pengganas Sulu berpakaian hitam dan putih mara ke arah pasukan keselamatan yang melepaskan tembakan tetapi tidak mengenai mereka.

"Apabila dilaungkan azan barulah kelibat itu hilang dan pasukan keselamatan dapat mara," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan berbangsa Suluk yang hanya ingin dikenali sebagi Pak Amril berkata, antara tangkal yang dipakai pengganas Sulu tersebut dikenali 'al-Quran Istanbul' yang kononnya akan membuatkan seseorang menjadi kebal.


Namun demikian, anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) sentiasa menasihati anggota keselamatan untuk berhadapan dengan situasi itu.

Anggota keselamatan sentiasa dinasihatkan untuk memohon pertolongan Allah sebelum memasuki kawasan operasi untuk memburu pengganas Sulu.

Sumber : Shah Alam Rebels

8 ulasan:

  1. Setan sulu ni mmg sial!

    BalasPadam
  2. Anak kecil main api,
    Terbakar hatinya yang sepi,
    Air mata darah bercampur keringat,
    Bumi dipijak milik orang.

    Nenek moyang kaya raya,
    Tergadai seluruh harta benda,
    Akibat sengketa sesamalah kita,
    Cinta lenyap di arus zaman.

    Indahnya bumi kita ini,
    Warisan berkurun lamanya,
    Hasil mengalir ke tangan yang lain,
    Peribumi merintih sendiri.

    Kita rumpun bangsa Melayu,
    Menganut agama yang suci,
    Semangat bangsa berlandaskan Islam,
    Teras capai kemerdekaan.

    Masa depan sungguh kelam,
    Kan lenyap peristiwa semalam,
    Tertutuplah hati terkunci mati,
    Maruah peribadi dah hilang.

    Kini kita cuma tinggal kuasa,
    Yang akan menentukan bangsa,
    Bersatulah hati, bersama berbakti,
    Pulih kembali harga diri.

    Kita sudah tiada masa,
    Bangunlah dengan maha perkasa,
    Janganlah terlalai teruskan usaha,
    MELAYU KAN GAGAH DI NUSANTARA
    MELAYU KAN GAGAH DI NUSANTARA
    MELAYU KAN GAGAH DI NUSANTARA

    BalasPadam
  3. Sebagai orang Islam kita mesti yakin pada pertolongan Allah. Kita harus sentiasa ingat bahwa ALLAH MAHA BERKUASA dan DIA MENGUASAI SEGALA YANG ADA DILANGIT DAN DIBUMI.
    DOA ADALAH SENJATA MUKMIN MAKA BANYAKAN LAH BERDOA.

    Azan juga memang terbukti paling mudah dan berkesan untuk dijadikan senjata. Insyallah...yakinlah pada janji janji Allah bahwa seorang mukmin dapat mengalahkan 10 musuh Islam, 10 mukmin dapat mengalahkan 100 musuh islam dan seterusnya.

    YAKIN YAKIN YAKIN PADA JANJI ALLAH.

    BalasPadam
  4. Mereka guna ilmu usul bah.. kebal daging ja tu. Kepala ndak kebal. Sniper kita byk dpt bunuh diaurang sudah.

    BalasPadam
  5. Sepatutnya geng kiram ni boleh pergi ke israel,,,bagi memampuskan israel yahudi,,,

    BalasPadam
  6. Kalau mereka guna syaitan mereka pasti akan musnah, syaitan tak pernah ingin melindung mereka..ianya hanya ingin merosakan aqidah mereka sahaja, apa yang penting anggota keselamatan kita sentiasa yakin dan mengingati Allah

    BalasPadam
  7. Senang jer, jgn tinggal Solat. Bila berdepan dengan lanun tu, baca jer tahiyyat akhir banyak2.

    BalasPadam
  8. Ilmu hitam ke atau ilmu sihir ke ........TUHAN yang MAHA kuasa dan tiada ilmu yang boleh tewas maut.
    JAdi anggota-anggota ATM,tak usah gentar pasal penganas-penganas sulu ini.Pegang kepada ajaran agama masing -masing dan serahkan kepada perjuangan kepada TUHAN
    Selva ..Selangor

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!