Pages

Jumaat, 29 Mac 2013

TUDIAA!! Kenyataan Ayahanda Tun Dr Mahathir yang buat puak Pakatan Meroyan! #TolakPR


ALOR SETAR 29 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, Barisan Nasional (BN) akan mencapai keputusan baik pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), walaupun ia dilihat tidak kuat seperti yang diharapkan.

BN kini cuba pulih daripada 'tsunami' pilihan raya umum 2008, katanya, sambil menambah bukan mudah untuk kembali setelah mengalami kekalahan banyak kerusi dan negeri pada pilihan raya umum lalu.

"Buat kali pertama, BN tidak sekuat sebagaimana sepatutnya. BN akan mencapai keputusan baik (dalam pilihan raya umum ke-13) namun persoalannya berapa banyakkah kerusi yang akan dimenangi mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sepetang Bersama Tun Dr Mahathir di Dewan Konvokesyen Universiti Antarabangsa Al-Bukhary di sini hari ini.

Katanya, PRU-13 merupakan pilihan raya yang penting kerana pihak pembangkang telah melakukan usaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan kerajaan.

"Pembangkang telah bersatu supaya mereka boleh mencabar BN... tetapi mereka bersatu bukan sebagai gabungan tetapi, hanya 'pakatan'. Mereka juga tidak mempunyai satu pun simbol atau mempunyai agenda khusus. saya rasa rakyat akan dapat membuat pilihan yang baik," katanya.

Terdahulu dalam ucapanya, Dr. Mahathir berkata, rakyat perlu menilai kembali nikmat yang mereka kecapi ketika ini dan tidak terlalu termakan hasutan pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada, pada PRU 13.

Katanya, tidak sepatutnya berlaku rakyat mahu menukar kerajaan pada ketika mereka menerima pelbagai faedah tetapi mengungkit apa yang mereka tidak peroleh.

"Kita suka cari kesalahan di sana sini. Ada orang tak hargai segala yang diterima. Ungkit konon negara tak bebas, kerajaan zalim... tekan rakyat, tak beri kebebasan, sedangkan kita terima macam-macam.

"Bukan ada sebab pun nak tukar kerajaan, nak tukar hanya atas sebab kebencian. Kena fikir baik-baik, utamakan orang yang berbakti, bukan kepada orang yang langsung tak boleh diterima. Kalau dia boleh jadi pemimpin buat apa tukar," katanya.

Merujuk Kedah sekarang yang tidak mempunyai pemerintahan yang cekap, beliau berkata, banyak pembangunan yang dinikmati Kedah adalah daripada Kerajaan Pusat dan orang yang mendapat kekayaan adalah kerana dasar Kerajaan Pusat.

"Kena tentukan siapa boleh siapa tak boleh (jadi kerajaan). Nak ada kerajaan yang berwibawa. Kalau tak, kita jadi mangsa. Janganlah mengundi kerana marah," katanya. - BERNAMA

11 ulasan:

  1. makin benci la puak tu kat org tua ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg kaki tutuh jubur jgk yg ko sanjung.. mcm kimak la ko ni.. Xtau btrima ksih pd org paling byk biasa pd negara..brambus la ko dr negara ni...kimak lu la...

      Padam
    2. setuju... mamat 12.23 tu dah kena kencing idup2 dgn puak nuar... tu yg semakin dungu dan bendul

      Padam
  2. hidup tun. alhamdulillah Allah panjangkan umur dan sihatkan tun supaya dapat membantu BN kuat kembali.

    BalasPadam
  3. Kalau tak suka buat apa pun benci. Tak kata apa pun benci serupa tu la jugak. Soalnya apa jasa org yg benci pada Dr Mahathir ni kepada rakyat setempat mereka berbanding usaha Dr. Mahathir. Biar mereka yg jawab.

    BalasPadam
  4. Selamba jer Tun bagi statement.Tak perlu jerit2 , maki hamun, nyanyi ke ..Tu lah bezanya org cerdik byk membaca dan menulis serta berfikir camana nak memartabatkan agama Islam, bangsa dan negara berbanding dgn org yg muka tak da seri lagi tu..kaki penipu, biseksual, petualang dan dajal in d making..mata dan kening dia pun dah macam Salman Rushdie.

    BalasPadam
  5. Kat opis aku (Jabatan Kerajaan) ada satu puak ni boleh kata hari-hari dok maki dan hina Tun M. Bila aku tanya depa ni pakai kereta apa, semua kalau tak Proton... Perodua. Tanpa sedar mereka sedang menikmati salah satu dari apa yg Tun M usahakan.

    BalasPadam
  6. Malaysia kini merupakan negara yang paling maju di kalangan negara membangun. Ada mana-mana dari Pakatan Rakyat atau pembangkang yang terlibat memajukan negara ini?

    BalasPadam
  7. rugila org melayu khasnya dan msia umumnya jika kehilangan negarawan seperti tun m...

    BalasPadam
  8. Klu xde madey pn negara bleh maju jgk deyyy...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yekew..? Allah dh bg nikmat pemimpin yg adil, bijak, spt tun. Tp korang x brsyukur. kalo pemimpin yg dok herdik yg kamu angkat nescaya kabut la negara trcinta

      Padam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!