Pages
▼
Isnin, 25 Mac 2013
TUDIAA!! Rakyat Pulau Pinang BANGKIT Bantah Projek Dap KAYAkan Kroni! #SavePenang
Nampaknya keputusan yang Kerajaan Pulau Pinang buat kali ini, benar-benar salah! Mengikut blog CTS, petang semalam Rakyat Pulau Pinang bangkit berhimpun secara aman di Komtar, Pulau Pinang untuk membantah projek mega yang mahu dilaksanakan oleh Kerajaan DAPig Pulau Pinang. Ketua Menterinya, Joseph Lim Guan Eng baru-baru ini mengumumkan pembinaan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion bagi menghubungkan Persiaran Gurney di pulau dengan Bagan Ajam di tanah besar.
Projek mega yang diumum kerajaan negeri pimpinan DAP itu melibatkan pembinaan empat lebuh raya utama termasuk terowong bawah dasar laut berkenaan. Pembinaan projek itu diserah kepada Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd iaitu syarikat tujuan khas yang dibentuk daripada lima syarikat - Zenith Construction Sdn Bhd, China Railway Construction (dua syarikat ini memegang keseluruhan 70 peratus ekuiti), Beijing Urban Construction Group (BUCG), Sri Tinggi Sdn Bhd dan Juteras Sdn Bhd yang masing-masing memiliki 10 peratus.
Joseph Lim Guan Eng dilihat seolah-olah begitu terdesak mengumumkan projek itu sedangkan Jambatan Kedua Pulau Pinang masih belum beroperasi dan kesan lalu lintas belum dapat dinilai lagi. Rakyat Pulau Pinang yang berhimpun juga mempersoalkan tindakan Lim menyerahkan tanah tebus guna seluas 44.51 hektar di Tanjung Pinang sebagai bayaran kepada pemaju projek berkenaan kerana nilai tanah semakin meningkat dan mendakwa transaksi seumpama itu hanya memanfaatkan pemaju.
Tak logik projek mega seperti itu hendak dijalankan sekarang. Sedang orang sibuk nak PRU, Guan Eng pula lebih sibuk membahagikan harta kekayaan rakyat kepada kroninya. Agaknya Guan Eng tak yakin untuk menang kot. Sebab tu sapu dulu awal-awal.
McTheory:
Rakyat sedar, ini projek mengKAYAkan kroni Dap!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.
Harap Maaf dan Harap Maklum!