Mazlan Aliman sudah banyak kali kantoi dalam isu melibatkan warga
FELDA...setelah dia lihat isu FELDA yang melibatkan para peneroka ini
susah untuk pusing...maka, baru-baru ini dia dikatakan telah menziarah
Pak Cik Utoh di Kg Melayu Sedenak.
Dalam laporan yang dikeluarkan Facebook dan Sinar harian jelas
menunjukkan bagaimana cara Mazlan Aliman memainkan politik kolot...pergi
ziarah rumah orang..lepas tu beri sumbangan sikit...bila balik jer dia
uplah cerita kononnya Pak Cik utoh ini daif daif dan tidak mendapat
pembelaan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Akhbar Sinar yang membuat liputan ini, jelas menyebelahi Mazlan Aliman
tanpa usul periksa dan fakta yang jelas...Laporan Sinar seolah-olah
menunjukkan yang Pak Cik Utoh hidup dalam kesengsaraan...bolah baca
dibawah.
Apa yang aku hendak jelaskan di sini ialah Mazlan Aliman adalah seorang
manusia yang pandai putar belit...dia mendakwa bahawa Pak Cik Utoh
LANGSUNG tidak pernah mendapat pembelaan...perbuatan Mazlan Aliman ini
jelas menunjukkan bahawa kerajaan sedia ada tidak bertanggung jawab.
Jika anda baca petikan daripada Facebook Mazlan Aliman, nescaya anda
akan beranggapan kononnya memang benar Pak Cik Utoh hidup dalam keadaan
daif...sebenarnya, apa yan diceritakan oleh Mazlan adalah rekayasa yang
sangat kejam.
Benar kata orang, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah
juga....cerita Mazlan Aliman terhadap Pak Cik Utoh ini telah menaikkan
kemarahan jiran tetangga Pak Cik Utoh...dakwaan Mazlan Aliman tentang
kehidupan Pak Cik Utoh yang tinggal di pondok tanpa bekalan air dan
elektrik adalah tersangat bohong.
Memang patut pun Jiran Tetangga Pak Cik Utoh marah...sebenarnya, Pak Cik
Utoh mempunyai 2 rumah yang sangat rapat...pertama pondok yang seperti
didakwa Mazlan...tetapi ada satu perkara yang Mazlan sembunyikan dan
akhirnya terkantoi!!
Buat pembaca yang masih mengagung-agungkan Mazlan ini, aku nasihatkan
korang cukup-cukuplah...berhampiran pondok seperti gambar di atas, Pak
Cik Utoh juga mempunyai rumah baru hasil bantuan PPRT yang mana lengkap
dengan kemudahan asas air dan elektrik.
Jika aku bercakap macam ini, sudah mesti puak pembangkang tak akan
percaya...di sini aku lampirkan beberapa respon terhadap statement
Mazlan Aliman yang cuba mengaibkan Pak Cik Utuh...pemberi maklumt adalah
orang yang hidup rapat bersama Pak Cik Utoh.
Jiran tetangga Pak Cik Utoh yang berang dengan FITNAH dilemparkan Mazlan Aliman |
Respon di atas adalah tindak balas jiran Pak Cik Utoh terhadap pembohongan Mazlan Aliman.
Inilah modus operandi Mazlan Aliman..pergi beri bantuan dan
jengguk-jenguk orang kampung..lepas tu buat fitnah...Bagi yang tidak
mengetahui, Pak Cik Utoh mempunyai 2 buah rumah (Rumah PPRT dan
Pondok)..tidak perlu kita tanya kenapa Mazlan tidak masukkan sekali
rumah PPRT tu...jawapannya hanya mahu mewujudkan sentimen membenci
kerajaan..itu sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.
Harap Maaf dan Harap Maklum!