Dato' Paduka Mukhriz Mahathir |
KENYATAAN MEDIA
YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR
MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN
Jumlah sambutan Himpunan Black 505 di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, yang terlalu sedikit berbanding jumlah rakyat Kedah memberi gambaran bahawa majoriti rakyat menolak budaya liar yg cuba dibawa oleh Anwar dan pembangkang. Rakyat sudah menggunakan haknya untuk memilih Kerajaan yang mampu membawa perubahan besar kepada negeri Kedah.
Tumpuan kerajaan negeri yang dipilih oleh majoriti rakyat sekarang ialah untuk memenuhi segala akujanji dalam tempoh lima tahun akan datang dan memenuhi ikrar melakukan transformasi menjana pembangunan yang bermanafaat untuk seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik atau latarbelakang .
Sehubungan dengan itu saya mengajak rakyat untuk mengalih tumpuan untuk turut sama menyumbang serta memainkan peranan menjadi sebahagian dari kejayaan merubah pencapaian Kedah menuju kemajuan. Pakatan sepatutnya menolak semua keputusan Pru13 termasuklah di negeri yang mereka menangi.
Saya cabar pakatan untuk melepaskan tampuk pemerintahan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sekiranya masih tidak boleh menerima keputusan Pru13 yang lalu.
Jangan kelirukan rakyat dengan memanipulasikan isu undi popular. Tidak wajar untuk mereka memaksa Kerajaan Barisan Nasional berundur sedangkan mereka sendiri tidak mahu berundur di Negeri-negeri yang dimenangi.
Saya juga menyeru Anwar serta konco-konconya dalam pembangkang agar segera insaf serta tidak menjadi batu penghalang kepada hasrat rakyat yang dahagakan pembelaan dalam erti kata sebenar bukannya sekadar membazir masa menerusi perhimpunan yang merosakkan keharmonian serta mencalar imej negara khususnya negeri Kedah yang aman damai.
Komen:
Ada berani ka Pakatan lepaskan kuasa dinegeri yang mereka menangi tu? Potong jari la puak tu tak berani. Mereka hanya pandai cakap saja! Kalau betul tak adil, MB Kelantan, Selangor dan KM Penang angkat sumpah buat apa? Cakap tak serupa bikin.
Habaq la hangpa cuma gila kuasa, takmau mengaku kalah!! Bodoh punya orang!!
McTheory:
Senyum tak perlu kata apa-apa.. senyum!
Senyum senyum senyumlah ...x perlu kata apa apa. Bodoh bangat pr ni.cuma tambahkan seksaan .....kkan DAP nak balas dedam dgn anuar ...musuh depa dlm UMNO. Pecahkan mangkok bubur anuar.anuar pula terbalekan meka makan PAS ...duduk bersila tapi nampak mcm duk baeah meja ..ghafalah ....sesat ....x nak kawan !
BalasPadamSalam, saya tabik pd Mukriz yg tegas dan bijak membalas serangan 'pembangang'. Beliau pantas melawan gerak saraf Pakatan Haram yg diketuai oleh Pesuruhjaya SRPxlulus PAS.. elok sgt ajar berok tua tu supaya 'berilmu' sikit.. jgn menang sorng kg (markaz PAS) tergadai.. jd pusat CINAbeng berkuda kepang..
BalasPadam