Pages

Selasa, 28 Mei 2013

PANASS!! Bila Anwar Buat Report Polis Lagi!! #AnwarGilaa

oleh : Dr MIM
Setelah beberapa perhimpunan haram dan ceramah yang sarat dengan keraguan dan kononnya penipuan semasa PRU13, Anwar hanya mampu membuat laporan polis tentang dakwat kekal! 

“Saya Anwar Bin Ibrahim telah mengundi di dalam PRU ke-13 pada 5/5/2013 di Daerah Mengundi Kubang Semang Parlimen Permatang Pauh pada jam 9.30 pagi. 


“Saya basuh jari yang tercalit dakwat kekal pada jam 5 petang hari yang sama dan mendapati semua dakwat yang dicalitkan pada jari saya telah habis tertanggal." tulis Anwar dalam laporannya.
Memang kelakar kerana sebelum ini Pakatan Pembangkang pernah buat sidang akhbar siap dengan power point dan 'kes-kes' yang didakwa berlaku semasa PRU13. Dan Anwar hanya buat laporan polis tentang dakwat kekal! Kelakar!

Yang menjadi persoalan sekarang ialah laporan polis yang dibuat oleh Anwar sendiri. Ada yang menimbulkan soalan,

Anwar basuh jari pada jam 5 petang sahaja? Tak ada sebelum itu? 
Anwar tak ambil air sembahyang untuk sembahyang zuhur ke?
Mungkin Anwar boleh jawab soalan mudah ini.

Dan jika 'dakwat kekal' yang menyebabkan Anwar 'riuh sekampung', ianya sudah dijawab sebelum ini!

 Di bawah adalah temuramah penuh dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), TS Abdul  Aziz Mohd Yusof yang menjawab segala tuduhan dan tohmahan Pakatan Pembangkang tentang PRU13.

Sila baca :


Klik foto untuk lebih besar dan jelas
Klik foto untuk lebih besar dan jelas
Jawapan kepada isu dakwat kekal :

S: Ada pihak mendakwa terdapat penipuan dalam soal penggunaan dakwat kekal dan salah laku. Apa penjelasan Tan Sri dalam hal ini?

J: Saya mengakui SPR tidak mempunyai pengalaman langsung dalam hal menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya. PRU-13 adalah kali pertama SPR menggunakan dakwat kekal yang disyorkan Jawatankuasa Khas Parlimen.

Walaupun begitu,
a. dakwat kekal yang SPR gunakan masih tertakluk kepada syarat Majlis Fatwa Kebangsaan yang menghendaki ramuan dakwat itu tidak ada unsur haram dan tidak menyekat air wuduk kepada orang Islam.
b. Syarat dikenakan Jabatan Kesihatan pula dakwat kekal itu mengandungi tidak lebih  satu peratus silver nitrat iaitu logam perak yang digunakan dalam dakwat berkenaan.

c. Walaupun pada peringkat awalnya SPR bercadang menggunakan antara empat hingga tujuh peratus silver nitrat. Kandungan logam inilah yang menjadi ramuan penting untuk menentukan ketahanan dakwat kekal itu.

d. Tetapi, Jabatan Kesihatan menulis secara rasmi kepada SPR, jika kandungan silver nitrat itu melebihi satu peratus, akan mengakibatkan risiko penyakit buah pinggang dan kanser kerana dakwat itu menyerap dalam tubuh.

Pembangkang sembunyikan bahaya Silver nitrate - toksik dan carcinogenik !! 

Tapi negara lain, seperti Kemboja mahu guna sehingga 25 peratus kandungan silver nitrat. Dalam hal seperti ini, untuk tujuan masa akan datang SPR akan berunding dengan Jabatan Kesihatan supaya dakwat ini tidak memudaratkan kesihatan.
Jangan kerana terlalu ghairah hendak guna dakwat kekal, ada pula pengundi yang menghidap penyakit buah pinggang dan kanser selepas pilihan raya.

Kita juga merujuk kepada Jabatan Kimia untuk mengenal pasti ramuan dicampurkan untuk menghasilkan dakwat kekal. Dilema SPR ini, jika kita tidak memikirkan kandungan silver nitrat, memang kita guna mana yang dikehendaki pihak yang menuntut penggunaannya.

Isu yang timbul dalam penggunaan dakwat kekal ini ialah, 
1. Kalau botol dakwat tidak digoncang dengan sepenuhnya maka ramuan terdiri daripada herba dan bahan kimia di dalamnya tidak akan menjadi sebati. Apabila ini berlaku, hanya cecair yang disapu dijari.
2. Jari yang hendak disapu itu hendaklah tidak berminyak, kering dan tidak kotor serta cara menyapu hendaklah berkali-kali supaya penuh ruas pertama jari telunjuk kiri. Calitannya perlu sempurna.

3. Dakwat kekal pula ada dua warna iaitu merah untuk pengundi awal dan biru untuk pengundi biasa. seterusnya
Laporan lain tentang dakwat kekal yang telah dijelaskan sebelum ini :


...Aziz admitted that the failure of indelible ink in some cases was caused by teething problems with using the ink for the first time.
“The EC is not here to cheat. As an organisation, we would like to be transparent, we don’t like to cheat. We don’t have an agenda,” he stressed. 
EC deputy chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar told reporters this morning that he was not worried the ink could be washed off, stressing that voters cannot vote twice with one identity card (IC) number.
“I’m not worried about indelible ink washed off today because tomorrow you cannot vote,” he said.
“How is he going to vote without a MyKad or an IC number? One rakyat’s name is only stated once.” more

McTheory:
Makin lama makin terbuka pekung busuk Anwar..

4 ulasan:

  1. Polis boleh terima ke laporan mcm ni? Nak lapor hal dakwat kekal, buatlah laporan pada hari yang sama. Tunjukkan jari yg dah tak de dakwat. Klu buat sekarang, mmg dakwat tu dah hilang pun. Polis tak yah layan org sengal mcm tu. Geli tengok. Banyak lagi kerja lain boleh dibuat.

    BalasPadam
  2. Terpaksa la buat...dah heboh satu dunia...atas pokok atas stadium atas jlnraya atas pagar..

    Siapa pulak yg bergegas balik rumah..cuci tgn dgn clorox kikis jari sampai kulit tercabut..kalau ada sila laporrrrrr...

    Undi tutup petang..lepas tutup peti...kira undi dpt keputusan...semua wakil ada....

    Oooiiiiii penyokong pakatan...siapa bodoh siapa pintar?????????

    BalasPadam
  3. sso what ....! hati lupa basuh ! ah lupa saya hati dia mcm batu kerassssdd ! dia sendiri yg pecahkan mangkok nasi dia....jgn nak terbalikan meja UMNO....kami sarankan balai polis d hiaskan dgn surah 23 ayat 97+98 dgn terjemahan dlm semua bahasa...supaya syaitan mudah faham.

    BalasPadam
  4. Kekal ke, tak kekal ka, untuk apa.???tujuan cali9t vdakwat itu adalah untuk mempastikah awak dan cek yang nama awak ada...kemudian baru calit dan selepas itu boleh pi pangkah.. setelah pasti nama awak ada dalam buku daftar......habis apa lagi mau nuarbaraham ooi !!! dakwat itu kekal ka tak kekal ke apa perlunya,...???nak simpan buat ingataan kah.... dulu awak juga mau guna dakwat, awak mau orang luar rakyat malaysia juga mesti undi...semua kerajaan/spr ikut. sekarang buat hal pula dasar manusia ......

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!