Pages

Jumaat, 31 Mei 2013

PANASS!! Dalang Perusuh diantara Penyokong Pahang dan Johor DT!! #TolakPR



Insiden penangguhan pelawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim semalam telah meraih pelbagai reaksi penyokong bolasepak di Malaysia.

Ramai peminat kedua pasukan bola sepak tersebut meluahkan perasaan kecewa tetapi ada juga yang mengkritik penangguhan yang dikatakan disebabkan oleh rusuhan penyokong di Stadium Darul Makmur.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata pihaknya menerima lima laporan polis berhubung perbuatan khianat ke atas kenderaan yang berlaku di Stadium Darul Makmur, di sini malam semalam.

Katanya laporan tersebut diterima selepas perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2013 di antara Pahang dan Johor Darul Takzim dibatalkan, ekoran tindakan agresif penyokong kedua-dua pasukan.

Mengulas insiden itu kepada Bernama di sini hari ini, Sharifuddin mengakui kejadian berpunca daripada jumlah penonton melebihi kapasiti akibat tiga pintu masuk ke stadium dipecahkan penyokong.


Katanya polis masih dapat mengawal keadaan walaupun berlaku sedikit kekecohan akibat tindakan agresif penyokong.

"Polis masih menjalankan siasatan berkenaan insiden malam tadi, selain siasatan kes khianat ke atas kenderaan seperti yang dilaporkan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.

Menurutnya polis bagaimanapun tidak menerima laporan berhubung kecederaan membabitkan penonton dalam insiden itu.


Mc pun pelik, kenapa boleh jadi rusuhan bola sepak setelah sekian lama tidak pernah terjadi macam ni. Rakyat Malaysia memang bersemangat bila tengok bola, namun kita taklah kurang ajar sampai melanggar undang-undang. Tentu ada silapnya disebalik semua ini.

Kemudian dalam banyak-banyak gambar yang Mc belek, terpandang ada satu gambar yang cukup menarik perhatian. Kumpulan inilah yang membuat kacau dan sering melanggar undang-undang. Pemimpin mereka sering mengajak rakyat Malaysia yang menyokong mereka supaya merusuh.

Lihatlah bagaimana kumpulan ini merusuh menterbalikan kereta polis, memukul polis dan memecah harta awam. Kumpulan ini juga yang membantah keputusan pilihanraya yang kononnya tidak adil, sedangkan mereka tidak membantah langsung setiap keputusan yang mereka menang, hanya membantah yang kalah saja.

Kumpulan ini tidak mempunyai otak, tidak waras dan tidak relevan. Nak tau kumpulan mana? Tengok gambar bawah ni,


Kumpulan yang mengelarkan diri mereka Blackout 505! Kumpulan yang dok buat kacau disetiap bandar dan kota. Kumpulan yang mengaku diri pejuang demokrasi, namun sebenarnya mereka pejuang 'rotibasi'.. pejuang yang tidak berguna dan perlu dibuang!

Kumpulan haprak macam blackout 505 ni mana pernah hidup aman dan senang lenang. Sesama mereka memang mereka baik, biasa la anjing mana nak gigit sama sendiri. Tapi kalau jumpa orang lain, kerja nak mengigit saja laaa..

Mc percaya kumpulan ni pakar merusuh, sebab tu kerja mereka nak merusuh memanjang!! Sampai tengok bola pun, nak terbawa-bawa perangai buruk tuuu..


McTheory:
Anjing jenis 505 ni, baka rendah.. mudah gila, sebab tu nak mengigit saja kerjanya.. hehe..

8 ulasan:

  1. Ni lah dah terbawa bawa semangat blackout 505, dengan tuanku pun tak hormat

    BalasPadam
  2. Betul! Banyak lagi yg pakai t-shirts hitam dan kuning. Mereka semua dah blackout / sot otaknya! Kena cuci dgn Anwar, Lim Kit Malam dan Ambigah serta Mat Sabun!

    BalasPadam
  3. suatu penemuan yg menarik yg boleh dijadikan asas utk siasatan.....kemungkinan ..kebarangkalian tetap ada...

    BalasPadam
  4. Salam, sejak semalam aku lagi2 lah terfikir kenapa tiba2 jadi rusuhan, mcm pelik dan aku lihat baju kuning hitam banyak jugak, dln hati fikir bukan kes bola.. tp kes bola sbg alasan utk puak2 505 BERSHIT buat kacau.

    td berita TV3, liputan penyokong sedang beli tiket..ade bro sekor tu sambil lalu dgn muka hrmjdah nyer ckp kuat2 INIKALILAH smbil tnjuk tiket pd wartawan TV3..

    aku rase byk penglibatan puak2. Cuma sukar nk buktikan.

    jrn negeri lain begini kecuali Kelantan yg mmg terkenal dgn sikap BEKENG.. lgpun Pahang jg ramai org ganu dan klantan yg berhijrah.

    Apapun harap Polis siasat betul2. Skrg ni zaman SB (special branch) berkeliaran sgt2 diperlukan. Byk kes xdpt settel sbb maklumat xdpt.

    Wujudkan balaik SB2 ini!

    BalasPadam
  5. Salam semua... ini permerhatian umum saya la...kalau korang perasan dulu 80`an dan awal 90`an mana ada sangat rusuhan bola ni... tapi semenjak Anwar Ibrahim ajar dan ajak penyokong dia berdemontrasi dan buat rusuhan kat jalanan, benda ni dah mcm candu tau..seronok dan teruja ( darah mudah panas la katakan )...jadi benda ni dah jadi trade puak2 BENGONG ni sampai bawa ke stadium... JADI SEMUA NI SALAH ANWAR BENGONG tu la.

    BalasPadam
  6. Jgn cepat melatah saudara-saudara ku. Beburuk sangka pd seseorang besar dosanya disisi Allah S.W.T. Serah pd YANG MAHA MELIHAT DAN YANG MAHA MENGETAHUI. Bab takde otak ni,itu tak betul,semua makhluk Allah ada otak. baik haiwan mahupun manusia, bezanya AKAL. Manusia ada akal haiwan takde akal yg ada hanya nafsu.

    BalasPadam
  7. Tahun 2014 berlaku lagi kekecohan. Dalang nya kali ini sape pulak?

    BalasPadam
  8. Mohon numpang promosi disini, mana-mana ghodong atau belia nak masuk Kolej Komuniti Temerloh dalam bidang Rekabentuk Perabot( lepasan SPM) , bolehlah kontek kat no koi ni 0195233829 atau 0122723104...kalau ada bakat dalam bolasepak atau futsal, boleh mewakili Kolej Komuniti Temerloh dalam sukan IPT

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!