Pages
▼
Rabu, 29 Mei 2013
PANASS!! Telaga Minyak Telah Dijumpai Di Kelantan!
TUMPAT – Tiga sekeluarga di Kampung Baru Pasir Pekan di sini, terkejut apabila telaga yang digunakan sejak 30 tahun mengeluarkan minyak dipercayai petrol.
Kejadian itu disedari Zulnurain Ahmad, 28, ketika membersihkan telaga di rumahnya dua minggu lalu.
“Semasa saya ceduk air telaga dengan timba, saya nampak air telaga ini berminyak dan berbau seperti minyak petrol.
“Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa tetapi selepas ditapis ia seakan minyak petrol,” katanya.
Lebih meyakinkan Zulnurain, minyak yang diambil dari telaga itu apabila dituangkan ke dalam tangki mesin rumput, ia berfungsi dan apabila dicucuh api, ia terbakar.
Dengan penemuan itu, misteri air telaga Zulnurain berbau minyak petrol selama empat bulan lalu terjawab.
Zulnurain berkata, dia amat risau keselamatan keluarganya kerana telaga tersebut berada di dalam rumah.
“Saya ada anak kecil berusia lapan bulan, bau petrol dari telaga itu memenuhi ruang rumah saya.
“Bukan sahaja mendatangkan pencemaran bau, tetapi boleh mengundang kebakaran dan memudaratkan kesihatan saya kerana air telaga itu sudah tercemar,” katanya.
Zulnurain berkata, sejak penemuan minyak itu, hampir 100 liter minyak dipercayai petrol berjaya dikumpulkan dan diletakkan dalam tangki mesin rumput.
Dua telaga jiran Zulnurain turut terlibat
Tinjauan Sinar Harian di kampung tersebut mendapati dua lagi telaga iaitu di rumah Nik Yusof Nik Salleh, 75, dan Ahmad Othman, 69, turut berbau minyak petrol dan airnya berminyak.
Didapati telaga milik Nik Yusof yang berada di belakang rumahnya seperti ada mata air bercampur minyak membuak keluar dari celah kerek telaga itu.
Dari mana minyak ini datang terus menjadi misteri, bagaimanapun tinjauan wartawan mendapati kira-kira 200 meter dari kediaman mereka, beroperasi sebuah stesen minyak.
Masalah air telaga bercampur minyak di percayai petrol sudah dimaklumkan kepada Jabatan Alam Sekitar.
“Kami harap masalah ini dapat diselesaikan segera kerana ia melibatkan keselamatan kami tiga sekeluarga di sini.
Komen:
Kah Kah Kah.. ingat betul la ada minyak kat Kelantan.. rupanya tangki kedai minyak petrol yang bocor!! he he he.. kelakar sungguh laaa..
McTheory:
Ingat Kelantan dah kaya dah lepas ni..
Assalam Bro
BalasPadamJangan beritahu HUSAM... kalau tak abis tanah kawasan tu dia beli dan korek nak cari minyak... Kat Kota Baru dia dah korek lum... Tak sempat nak korek... kerana dah taj jadi EXCO...
ABU, Allah Berkati UMNO
BalasPadamHebat..hebat.. Kat tempat lain minyak kalau keluar dari bumi masih perlu diproses & disaring, kat Kelantan dah siap proses lagi..
BalasPadamHebat weh negeri kelantan nih.Dekat negara lain minyak kena proses dulu tapi dekat sini berkat husam musa gaknya dapat minyak petrol terus tanpa perlu diproses dahulu.Tak lama lagi habis la tanah kawasan tu husam musa beli nak korek minyak kah!kah!kah!!!!!
BalasPadamJika betul kaya kelate.....apaadddaaaaa.
BalasPadamWow! Tak perlu tuntut ROYALTI! Keh keh keh!
BalasPadamminyak xperlu diproses boleh terus pakai?? kahkahkahkah..banggang
BalasPadamBaca dalam blog puak pakatan heboh dh jumpa minyak.dan katanya husam mmg betul apabila kata ada jumpa minyak kt daratan kelantan.depa ni mmg bodoh x boleh di ajar.mana ada minyak galu terus dapat petrol
BalasPadamAduyaii mmg pyak ni bodoh betul
Angan angan mat jenin..bior la berangan jadi kaya....abis blackout keluar royalti royalti...
BalasPadamTeknologi baru ni...!hanya di Kelantan, tanpa kilang penapis terus dapat petrol.
BalasPadamalahai minyak motor mat rempik yg terjatuh dalam perigi itu kerana press motor terlalu laju...kah..kah
BalasPadam