Pages

Sabtu, 1 Jun 2013

GEMPARR!! Kumpulan Kiram Nak Ceroboh Sabah Semula? #LahadDatu


Nampaknya ada khabar angin yang tersebar. Tentang pencerobohan semula kumpulan Kiram.

Penduduk Sabah khususnya di Sandakan dan Lahad Datu diingatkan tidak terpengaruh dengan khabar angin kononnya pengganas kumpulan Kiram merancang menceroboh kawasan itu sekali lagi pada bila-bila masa.

Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, khabar angin itu adalah tidak berasas dan bertujuan menakut-nakutkan penduduk di kawasan tersebut.

Menurut beliau, pihaknya bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau keadaan keselamatan di kawasan berkenaan bagi melindungi rakyat serta mempertahan negara daripada sebarang ancaman.

Katanya, sehingga hari ini, anggota keselamatan masih menjalankan kerja-kerja memantau keadaan di Sabah dan pihaknya akan memaklumkan kepada penduduk setempat sekiranya terdapat aktiviti mencurigakan.

"Saya nasihatkan kepada orang ramai di kawasan terbabit supaya tidak mempercayai khabar angin itu kerana kita memantau menerusi kerjasama PDRM selain maklumat daripada perisikan," katanya.

Zulkifeli mengulas khabar angin kononnya kumpulan pengganas Kiram sekali lagi akan menceroboh Sandakan, Sabah dan beberapa kawasan lain di negeri itu bulan depan.

Menurut Zulkifeli, segala maklumat mengenai pergerakan pengganas adalah dalam radar pasukannya dan sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang maklumat berhubung perkara itu.

"Jika berlaku sesuatu kerajaan akan memaklumkan kepada penduduk di kawasan itu. Jadi penduduk yakinlah segala bentuk ancaman kita akan ketahui dan tidak perlu berasa bimbang," katanya.

Baca akhbar atau dapatkan sumber yang boleh dipercayai. Jangan percaya khabar angin. Kalau blog dan portal puak PR tu, tak payah baca la, lagi banyak perkara mengarut dan fitnah.

McTheory:
Dari baca blog dan portal puak tu, baik baca komik jepun.. lagi faedahh.. heh..

3 ulasan:

  1. Selagi 3 orang Malaysia yg menjadi dalang pecerobohan tidak ditangkap, selagi itulah Sabah akan terancam.
    Itulah, ada ISA dibuang.
    Sekarang siapa susah?
    Rakyat juga susah.
    Najib ni bodoh ke apa?

    BalasPadam
  2. "The price of liberty is eternal vigilance".
    ParraBellum.
    Pre emptive strike is the best defence.
    Tan Sri Zul, kami harap dan yakin Pisang tidak akan berbuah dua kali.
    12 orang wira gugur.
    Let not their sacrifices be in vain.
    Di mana kau Remembrance day kita ?

    arjuna waspada
    changkat lobak

    BalasPadam
  3. Kemarin tak boleh masuk sabah...ni dpt khabar nak ada serangan lagi....geng mereka marah kot.

    Lalalalala BN dah menang...nak buat huruhara lagi la tu...nak cari org baru melalak nak ganti yg kena tangkap.

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!