Pages

Ahad, 9 Jun 2013

PANASS!! Betul Ka KUIN Akan Di Swastakan? #HanyaDiKedah




Sejak Kerajaan Negeri Kedah dikawal oleh BN. Kerajaan Negeri Kedah telah berusaha untuk membantu KUIN yang telah teruk 'dirosakkan' oleh Pas Kedah. Pelbagai usaha dan cadangan dikemukakan untuk membantu KUIN naik semula dari zaman kemerosotan.

Namun sejak akhir-akhir ini, tersebar khabar angin yang berunsur fitnah. Mengatakan Kerajaan negeri mahu menswastakan KUIN, apakah itu benar?

Semalam Exco Pelajaran Kedah, Tajul Urus, ada menjawab soalan tersebut,

 “Tidak ada cadangan untuk swastakan Insaniah setakat ini, walaupun umum mengetahui ia berdepan pelbagai masalah yang berlarutan sejak bawah pentadbiran PR,” katanya.

Menurutnya, pihaknya turut menafikan kerajaan negeri sudah membuat tawaran kepada Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Aimst dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary (AiU) yang berminat untuk mengambil alih Insaniah.

“Mungkin ia sekadar cakap kosong atau khabar angin yang timbul ekoran kebimbangan staf atau pelajar yang risau jika kolej universiti itu ditutup,” katanya.

Tajul Urus berkata, selepas beberapa perjumpaan dengan pihak pengurusan dan pentadbiran Insaniah, pihaknya sudah merangka penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang untuk tindakan.

“Kita akan fokus untuk jangka pendek terlebih dahulu, antaranya isu gaji, asrama pelajar dan kebajikan staf. Dua perkara utama yang dikenal pasti untuk tindakan segera ialah atasi kelemahan pentadbiran dan pengurusan serta kekangan kewangan,” katanya.

Menurutnya, bagi tujuan itu, sebuah pasukan khas diwujudkan untuk transformasi Insaniah ke arah lebih baik dalam usaha menentukan hala tuju kolej universiti itu.

“Mesyuarat Exco telah bersetuju untuk wujudkan pasukan khas ini. Langkah pertama ialah melantik Timbalan Rektor, Datuk Che Barni Mohd Noh sebagai pemangku Rektor bermula Jun,” katanya.

Tajul Urus berkata, lantikan itu berkuat kuasa selama enam bulan, sehingga lantikan baru bagi jawatan Rektor dibuat.

“Dalam tempoh transisi seperti ini, kita wajar beri keutamaan kepada perkara penting terlebih dahulu. Ia memerlukan masa untuk selesaikan semua isu berbangkit, saya akan cuba teliti satu persatu ikut kepentingan,” katanya.

Menurutnya, kos operasi Insaniah antara perkara yang diberi tumpuan, dan tidak menolak kemungkinan akan dibuat beberapa rombakan membabitkan jawatan pengurusan tertinggi.

“Perkara yang berkaitan dengan kos operasi akan dinilai, mana-mana yang tidak memberi manfaat kepada Insaniah akan dimansuhkan, selain keutamaan terhadap kebajikan pelajar. Kita akan cuba jimatkan kos dengan buat beberapa perubahan,” katanya.

Tajul Urus turut membangkitkan keperluan memiliki dua kampus iaitu di Mergong dan Kuala Ketil yang akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang.

“Sekarang ada dua kampus, ia libatkan kos yang banyak. Kita wajar nilai keperluan miliki dua kampus pada masa akan datang. Ianya masih dalam perbincangan dan saya harap pasukan khas itu akan kemuka beberapa cadangan sebagai panduan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya turut mencadangkan agar dilantik konsultan untuk memberi penambahbaikan kepada Insaniah agar lebih cemerlang, sebagai langkah jangka panjang.

“Saya percaya dengan adanya pasukan itu termasuk konsultan, kita akan hasilkan satu penyelesaian terbaik tangani kemelut di Insaniah,” katanya.

Kelmarin, sumber-sumber mendakwa Insaniah bakal diswastakan apabila timbul desas-desus kerajaan negeri menawarkan penjualan kolej itu kepada beberapa buah IPT yang berminat untuk mengambil alih Insaniah.

Jadi, memang takdak ada penswastaan, yang ada cuma penambahbaikan.. itu saja.. jangan dok gabra no..

McTheory:
Sejak Pas jadi pembangkang, awat banyak sangat fitnah?

1 ulasan:

  1. Salam, EXCO dh tegaskan KUIN tkpernah fikir untuk diswastakan.. ini kerja mulut jahat org PAS.

    Bg aku yg mungkin berlaku ialah jual kampus mengarut Kuala Ketil tu, Kolej swasta mungkin ada dana, beli kampus Kuala Ketil tu untuk jadikan kampus pelbagai bidang. Kampus tu masih kosong, banyak duit kena pakai untuk bina prasarana dan maintenance.

    Setakat ada dewan besar shj dan bilik kuliah, tp asrama2, masjid, bangunan2 penting lain seperti pentadbiran, kesihatan, sukan dan sebagainya yg perlukan kos besar, tidak sesuai dan tidak diperlukan oleh KUIN pd masa ini

    Tumpuan ialah bayar hutang dan majukan kampus Induk KUIN Alor Setar, itu terlebih bijak dan menguntungkan masa depan pendidikan KUIN. Jadikan bandaraya Alor Setar bandaraya ilmu Islam, krn KUIN ditubuhkan di sana, dengan Universiti Islam Antarabangsa Al-Bukhari.

    Insya Allah smoga MB Kedah terus bijak membaiki kerosakan PAS laknatullah.





    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!