Pages
▼
Isnin, 17 Jun 2013
PANASS!! BN Kelantan Supply Dadah Untuk Tarik Undi?
Tindakan penyokong kerajaan negeri Kelantan menuduh Umno dan Barisan Nasional (BN) mengamalkan taktik kotor pada pilihan raya umum lalu dengan memberi pil kuda kepada penagih dadah dan arak adalah tohmahan untuk memburuk-burukkan Umno.
Ketua Pembangkang Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) berkata tuduhan Mohd Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran) itu bertujuan supaya rakyat tidak menyokong Umno dan BN.
"Mana mungkin kita mengupah penagih yang terlibat dengan pil kuda untuk menyokong, sedangkan ia musuh kita...kita nak banteras benda ini (ketagihan dadah).
"Sebab itulah saya lihat perkara ini, pemimpin PAS cuba fitnah kita untuk memburukkan memburukkan kita di mata rakyat supaya berterusan tidak menyokong Umno," kepada pemberita sewaktu persidangan DUN berhenti rehat.
Terdahulu, semasa membahaskan titah ucapan Sultan Kelantan pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini, Mohd Zaki mendakwa BN telah memberikan pil kuda dan arak kepada petugas parti pada pilihan raya umum ke-13 lepas.
Nozula berkata PAS sengaja membuat tuduhan liar itu bagi memainkan sentimen di kalangan penduduk di negeri ini serta anak-anak muda yang berhijrah ke luar Kelantan untuk terus memberi sokongan kepada mereka.
Sebelum ni tuduh bawa bangla, kali ni tuduh UMNO sokong penagih dadah pula untuk dapat undi. Macam-macam la depa tuduh, sampai tempat kita kalah pun, kita masih ditipu buat kerja jahat. adehh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.
Harap Maaf dan Harap Maklum!