Mc tertarik dengan cerita dari blog Keris7Lok, macam mana kita nak terima orang macam ni jadi Setpol PM? Ketua Pemuda Lombok jadi Setpol? he he..
Mc juga membantah orang yang tak buat kerja dan sering sibuk dengan bisnes, menjawat jawatan penting!! Kalau BN nak jadi pembangkang, sila lah angkat orang-orang macam ni jadi penasihat PM pulak!
Ini bukan soal bawa anak orang balik daripada lombok. Ini cerita bantu atau tidak ketika pilihanraya yang lepas. Umum tahu Dato' Khairun Aseh adalah AJK Bahagian di Putrajaya namun kemana dia menghilang sewaktu kempen sedang berjalan?
Cerita Keris mengenai Khairun,
Keris masih ingat soalan yang diajukan kepada pemimpin atasan UMNO bahagian Putrajaya tentang mana Khairun dan jawapannya adalah entah. Keris ada sejak penamaan calon lagi untuk membantu SU Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Cuba bagitahu dimana dia ada ketika itu? Apa yang dia buat? Apa kontribusi yang dilaksanakan dalam menjayakan serta memastikan Barisan Nasional kekal menerajui Parlimen Putrajaya?
Kini setelah dilantik Setpol, ada cerita dia mula menjemput beberapa Ketua-Ketua Pemuda Cawangan untuk hadir ke pejabat barunya. Eh! Kenapa ya? Ada keinginan untuk bertanding sekali lagi sebagai Ketua Pemuda UMNO Putrajaya.
Maaf! Jika kempen pilihanraya pun gagal diberi masa dan melaksanakan tugas sebagai AJK Bahagian maka Keris sarankan tolong hentikan fantasi tersebut, Jangan buat 'denial statement' yang kata tidak akan bertanding.
Siapa boleh jawab mana pergi Khairun Aseh ketika tempoh kempen pilihanraya 13 yang lalu?
Mc pun nak tanya, boleh sesiapa tolong jawab, di mana dia diwaktu BN sedang bertarung nyawa mempertahankan Malaysia?
McTheory:
Ramai lagi manusia dalam Malaysia, pilih la orang lain.
duduk bawah kolong rumah kampung hahaha
BalasPadam